Shamsul Amri Baharuddin
Shamsul Amri Baharuddin Profesor Ulung, P.J.N., D.S.N.S. | |
|---|---|
| Pengarah pengasas Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia | |
| Menyandang jawatan 8 Oktober 2007 | |
| Canselor | Tuanku Jaafar (sehingga 2008) Tuanku Muhriz (2008-kini) |
| Didahului oleh | Jawatan baharu |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1951 Negeri Sembilan, Malaya |
| Tempat belajar | Universiti Malaya Universiti Monash |
| Pekerjaan | Penyelidik |
Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin ialah seorang ahli akademik dan ilmuwan Malaysia, pengkhususan dalam sains sosial dan antropologi sosial. Beliau merupakan pengarah pengasas kepada Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang diasaskan pada 2007. Pada 2010, beliau dipilih menjadi Profesor Ulung oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Beliau turut dilantik sebagai sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara pada 2010 dan sebagai Pengerusi pada 2019.
Pada April 2018, beliau diundang menjadi Felo Akademi Sains Malaysia (ASM). Pada Februari 2019, beliau telah dilantik sebagai penyandang Kursi UNESCO dalam bidang "pengamalan sosial dalam komunikasi antara budaya dan kesepaduan masyarakat". Pada 2020, beliau dilantik sebagai Penasihat Perpaduan kepada Kementerian Perpaduan Negara.