Akademi Sains Malaysia

Akademi Sains Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1 Februari 1995 (1995-02-01)
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabat20th Floor, West Wing MATRADE Tower, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah off, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
Kakitangan80

Akademi Sains Malaysia (ASM) ialah badan berkanun dalam kerajaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen (Akademi Sains Malaysia 1994). ASM ialah badan penasihat saintifik tertinggi di Malaysia, dan agensi di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Tujuannya ialah menjadi 'Kumpulan Pemikir' Malaysia untuk hal-hal yang berkaitan dengan sains, kejuruteraan, teknologi dan inovasi, dan untuk mengejar kecemerlangan dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi. Akademi ini terdiri (sehingga 2023) daripada lebih 450 Felo dalam lapan disiplin sains. Presiden semasa bagi tahun 2024 - 2025 ialah YM Academician Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen FASc manakala Timbalan Presiden ialah Prof Ulung Datuk Dr Looi Lai Meng.