Kementerian Perpaduan Negara Malaysia
| كمنترين ڤرڤادوان نݢارا | |
Kerajaan Malaysia | |
| Intisari kerajaan | |
|---|---|
| Dibentuk | 1 Julai 1969 |
Agensi terdahulu |
|
| Jenis | Kerajaan |
| Ibu pejabat | Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif kerajaan |
|
Laman sesawang | www |
Kementerian Perpaduan Negara Malaysia merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia yang terbentuk selepas portfolio perpaduan nasional dikeluarkan daripada Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Portfolio ini mula diperkenalkan pada 1 Julai 1969 dengan penubuhan Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kementerian ini diketuai oleh seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri.