Setia Hujung Nyawa

Setia Hujung Nyawa
GenreDrama
Cinta
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Fatin Nabila
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahAmie Maziah Abdul Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"AdaMu" oleh Najwa Latif
Lagu penutup"AdaMu" oleh Najwa Latif
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
Penerbit
Penyunting
  • Mohd Hafiz Che Noh
  • Selamat Yusof
  • Haikal Fadzil
  • Romizal Mohd. Rosli
Tempoh siaran42–43 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Siaran asal24 Disember 2012 – 7 Februari 2013
Kronologi
MengikutiCinta Itu Milikku
Diikuti olehRindu Bertamu Di Abu Dhabi

Setia Hujung Nyawa merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2012 arahan Amie Maziah Abdul Rahman terbitan Suhan Movies & Trading, diadaptasi dari novel 2011 dengan tajuk sama karya Fatin Nabila terbitan Alaf 21. Dibintangi oleh Nelydia Senrose sebagai Ersalina dan Amar Asyraf sebagai Zain Hakimi. Drama ini disiarkan di Slot Akasia TV3 bermula 24 Disember 2012 dan berakhir pada 7 Februari 2013. Sebuah telefilem khas drama ini, Setia Hujung Nyawa Raya memulakan tayangan perdana pada Hari Raya Aidilfitri 2013.

Siri ini boleh didiapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.