Nelydia Senrose


Nelydia Senrose
نيليديا سينروس
Nelydia Senrose pada 2015
Kelahiran
Nik Zaris Nelydia binti Nik Sen

(1994-07-30) 30 Julai 1994
PendidikanPsikologi
Pusat pendidikanUniversiti SEGI
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2007–kini
PasanganDato' Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid (k. 2019)
Anak-anak1
IbuRosmizai Mohd Noor
BapaNik Sen Mat Rifin
SaudaraNelissa Senrose (Kakak Kandung)
Uqasha Senrose (Kakak Kandung)
Raysha Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Danitra Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Qirana Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Arjuna Rizrose (Adik Kandung Seibu)
Ramada Manrose (Sepupu Belah Ibu)
Oktovia Manrose (Sepupu Belah Ibu)
Aprena Manrose (Sepupu Belah Ibu)
KeluargaRosnah Mohd Noor (Ibu Saudara)

Datin Hajah Nik Zaris Nelydia Nik Sen (lahir 30 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Nelydia Senrose ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan adik kepada Uqasha Senrose, yang juga seorang pelakon. Beliau mula bergiat aktif sejak tahun 2007 dan telah berlakon dalam beberapa drama televisyen dan mula dikenali melalui drama Setia Hujung Nyawa (2012) sebagai Ersalina.

Nelydia juga terkenal dengan pelbagai peranan lakonan di televisyen termasuk Friday I'm In Love (2012), Cinta Jannah (2013), Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan Setitis Kasih Darmia (2014), Encik Suami Mat Salih Celup (2017) serta Lafazkan Kalimah Cintamu (2018). Selain itu, beliau juga terkenal dengan peranannya di layar lebar termasuk watak sebagai Nurul dalam Cinderella (2013) dan sebagai Zizie dalam Mat Tudung (2014). Melangkaui kerjaya lakonannya, Nelydia merupakan pengasas bersama produk kecantikan Secret of Senrose.