Setem (filem)
| Setem | |
|---|---|
Poster keluaran tayangan | |
| Pengarah | Kabir Bhatia |
| Penulis | Kabir Bhatia |
| Dihasilkan oleh | Gayatri Su-Lin Pillai (eksekutif) |
| Dibintangi | |
| Sinematografi | Mohd Noor Mohd Kassim |
| Muzik oleh | Pacai |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 110 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | |
| Bajet | RM 1.90 juta |
| Pecah panggung | RM 1.27 juta |
Setem ialah sebuah filem aksi komedi Malaysia 2009 arahan Kabir Bhatia, yang turut menulis cerita asal dan lakon layar dengan Gayatri Su-Lin Pillai berkhidmat sebagai penerbit. Dibintangi oleh barisan pelakon ensembel yang diterajui oleh Afdlin Shauki dan Rashidi Ishak dengan penampilan khas oleh Aziz M. Osman dan Jalaluddin Hassan, ia berkisarkan tentang dua sahabat karib yang mempunyai kemahiran mencuri dan mereka dipaksa mencuri setem yang bernilai RM4 juta oleh pemilik Rumah Harapan untuk membantu beliau mempertahankan Rumah Harapan itu dari dijual. Pada masa yang sama, kumpulan Piranha, Tosai serta yang lain turut mahukan setem tersebut.
Filem ini ditayangkan di 54 pawagam di seluruh Malaysia pada 30 Julai 2009 dan memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM 1.27 juta. Ia menerima ulasan yang rata-ratanya positif daripada pengkritik filem, yang memuji percubaan sulung Kabir mengarahkan filem komedi. Setem telah memenangi tiga anugerah di Festival Filem Malaysia ke-22, yang berlangsung sewaktu filem ini ditayangkan. Ia telah disenaraikan oleh New Straits Times sebagai salah satu daripada 10 filem terbaik bagi tahun 2009.