Rashidi Ishak

Rashidi Ishak
Rashidi pada 2009.
Kelahiran (1973-10-24) 24 Oktober 1973
PekerjaanPelakon, pemuzik, pengacara, pengarah
Tahun aktif1996–kini
Pasangan
  • Vanidah Imran (k. 2000; c. 2018)
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin (k. 2023)
Anak-anak2
Kerjaya muzik
GenreRock
Alat muzikGitar
Kegiatan berkaitanDead Mushroom

Rashidi Ishak (lahir 24 Oktober 1973) ialah seorang pelakon dan pemuzik Malaysia, terkenal sebagai pemain gitar kumpulan Dead Mushroom. Beliau pernah beberapa kali dicalonkan untuk kategori pelakon terbaik dalam anugerah hiburan tempatan.