Serena Williams

Serena Williams
Williams di Terbuka AS 2013
Nama penuhSerena Jameka Williams
ResidenPalm Beach Gardens, Florida, USA
Kelahiran (1981-09-26) 26 September 1981
Saginaw, Michigan, USA
Ketinggian175 cm
Menjadi proOktober 1995
GayaRight-handed (two-handed backhand)
Wang hadiahAS$ 84,463,131 (setakat 27 Februari 2017)
  • ranking pertama sepanjang zaman (wanita)
Laman web rasmiserenawilliams.com
Perseorangan
Rekod kerjayaTemplat:Tennis record
Kejuaraan kerjaya72 WTA (ke-5 dalam ranking keseluruhan), 0 ITF
Ranking tertinggiNo. 1 (8 Julai 2002)
Ranking semasaNo. 22 (15 Januari 2018)
Keputusan Perseorangan Grand Slam
Terbuka AustraliaW (2003, 2005, 2007, 2009, 2010, 2015, 2017)
Terbuka PerancisW (2002, 2013, 2015)
WimbledonW (2002, 2003, 2009, 2010, 2012, 2015, 2016)
Terbuka ASW (1999, 2002, 2008, 2012, 2013, 2014)
Kejohanan lain
KejuaraanW (2001, 2009, 2012, 2013, 2014)
Beregu
Rekod kerjayaTemplat:Tennis record
Kejuaraan kerjaya23 WTA, 0 ITF
Ranking tertinggiNo. 1 (21 Jun 2010)
Ranking semasaNo. 39 (12 Jun 2017)
Keputusan Beregu Grand Slam
Terbuka AustraliaW (2001, 2003, 2009, 2010)
Terbuka PerancisW (1999, 2010)
WimbledonW (2000, 2002, 2008, 2009, 2012, 2016)
Terbuka ASW (1999, 2009)
Other Doubles tournaments
ChampionshipsSF (2009)
Beregu Campuran
Rekod kerjaya27–4 (87.1%)
Grand Slam Mixed Doubles results
Australian OpenF (1999)
French OpenF (1998)
WimbledonW (1998)
US OpenW (1998)
Team Competitions
Fed CupW (1999), rekod 16–1
Hopman CupW (2003, 2008)
Rekod pingat
Mewakili  Amerika Syarikat
Sukan Olimpik
Sydney 2000 Beregu
Beijing 2008 Beregu
London 2012 Perseorangan
London 2012 Perseorangan
Terakhir dikemaskini pada: 8 Januari 2018.

Serena Jameka Williams (lahir 26 September 1981) ialah seorang Afro-Amerika yang menjadi pemain tenis tunggal wanita profesional dunia, dan juga bekas pemain tenis tunggal wanita No. 1 dunia versi Persatuan Tenis Wanita (WTA). Beliau ialah adik kandung juara tenis wanita dunia, Venus Williams. Beliau kini menetap di Palm Beach Gardens, Florida, Amerika Syarikat.

Williams dilahirkan di Saginaw, Michigan, Amerika Syarikat dan menceburi dunia tenis pro sejak September 1995. Beliau ialah pemain nombor 1 dunia kini dan ialah pemain tenis tertua yang pernah memegang gelaran ini. Sehingga 8 Jun 2015, beliau telah memegang gelaran ini selama 244 minggu.

Williams telah menjuarai 35 gelaran Grand Slam yang terdiri daripada 20 gelaran tunggal, 13 gelaran berganda, dan 2 gelaran berganda campuran. Ketiga-belas gelaran Grand Slam gandanya yang dimenangi bersama kakaknya, Venus. Pada Ogos 2012, beliau memenangi pingat emas dari acara tunggal mahupun beregu dari Sukan Olimpik Musim Panas 2012. Dengan demikian, beliau telah meraih gelaran 'Golden Slam' yang mana beliau telah memenangi keempat-empat pertandingan Grand Slam dan Sukan Olimpkk. Di acara tunggal, beliau ialah pemain tenis kedua yang mencapai tahap ini, selepas Steffi Graf. Beliau juga telah memenangi 'Golden Slam' di acara regu. Dengan demikian, beliau ialah satu-satunya pemain tenis, lelaki ataupun wanita, yang memiliki gelaran 'Golden Slam' di kedua-dua acara.

Dengan 67 gelaran tunggal WTA, Williams ialah pemain tenis dengan gelaran juara tunggal terbanyak di antara semua pemain aktif WTA.

Williams berkahwin dengan Alexis Ohanian pada 16 November 2017. Mereka mengumumkan pertunganan mereka pada Disember 2016. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Alexis Olympia Ohanian Junior.