Terbuka Australia

Terbuka Australia
Laman web rasmi
Ditubuhkan1905
LokasiMelbourne
Australia
VenueMelbourne Park
PermukaanRumput (1905–87)
Keras (Rebound Ace) (1988–2007)
Keras (Plexicushion) (2008–sekarang)
Hadiah wang tunaiA$40,000,000 (2015)
Lelaki
Undi128S / 128Q / 64D
Juara semasaNovak Djokovic (perseorangan)
Simone Bolelli / Fabio Fognini (beregu)
Juara perseorangan terbanyak6
Roy Emerson
Juara beregu terbanyak10
Adrian Quist
Wanita
Undi128S / 96Q / 64D
Juara semasaSerena Williams (perseorangan)
Bethanie Mattek-Sands / Lucie Šafářová (beregu)
Juara perseorangan terbanyak11
Margaret Court
Juara beregu terbanyak12
Thelma Coyne Long
Beregu Campuran
Undi48
Juara semasaMartina Hingis / Leander Paes
Juara terbanyak (lelaki)4
Harry Hopman
Colin Long
Juara terbanyak (wanita)4
Daphne Akhurst Cozens
Nell Hall Hopman
Nancye Wynne Bolton
Thelma Coyne Long
Grand Slam
Terakhir
Terbuka Australia 2015

Terbuka Australia merupakan sebuah pertandingan utama tenis yang dianjurkan setiap tahun pada dua minggu terakhir bulan Januari di Melbourne, Australia. Pertama kali dilansungkan pada tahun 1905, pertandingan ini adalah pertandingan pertama daripada empat acara Grand Slam tenis setiap tahun – tiga yang lain adalah Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka AS. Acara yang dilansungkan adalah perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Selain itu acara belia, kerusi roda, legenda dan perlawanan pertunjukan juga dijalankan. Sebelum tahun 1988, pertandingan ini dimainkan di atas gelanggang rumput. Sejak tahun 1988, dua jenis permukaan gelanggang keras telah digunakan di Melbourne Park – hijau Rebound Ace sehingga tahun 2007 dan biru Plexicushion bermula tahun 2008.

Terbuka Australia biasanya mempunyai kehadiran penonton yang tinggi, kedua di belakang Terbuka AS. Ia juga merupakan pertandingan Grand Slam pertama yang dilansungkan di gelanggang tertutup ketika cuaca lembap atau kepanasan melampau menerusi tiga gelanggang utamanya, Rod Laver Arena, Hisense Arena dan Margaret Court Arena yang baru diubahsai dilengkapi dengan bumbung tarik balik.