Terbuka Perancis

Internationaux de France de Tennis, Roland-Garros
Laman web rasmi
Ditubuhkan1891 (1891)
LokasiParis (XVIe)
Perancis
VenueTennis Club de Paris, di Auteuil (sesetengah tahun dari 1895–1908)
Île de Puteaux (sesetengah tahun dari 1891–1908)
Racing Club de France (sesetengah tahun dari 1891 sehingga 1908 dan semua tahun dari 1910–1924, 1926)
Société Athlétique de la Villa Primrose in Bordeaux (1909)
Stade Français (1925, 1927)
Stade Roland Garros (1928–sekarang)
PermukaanPasir – Île de Puteaux
Tanah liat – Semua venue lain (Terbuka)
Hadiah wang tunai28,028,600 (2015)
Lelaki
Undi128S / 128Q / 64D
Juara semasa Stan Wawrinka (perseorangan)
Ivan Dodig
Marcelo Melo (beregu)
Juara perseorangan terbanyak9
Rafael Nadal
Juara beregu terbanyak13
Max Decugis
Wanita
Undi128S / 96Q / 64D
Juara semasa Serena Williams (perseorangan)
Lucie Safarova
Bethanie Mattek-Sands (beregu)
Juara perseorangan terbanyak7
Chris Evert
Juara beregu terbanyak7
Martina Navratilova
Beregu Campuran
Undi32
Juara semasa Bethanie Mattek-Sands
Mike Bryan
Juara terbanyak (lelaki)7
Max Decugis
Juara terbanyak (wanita)7
Suzanne Lenglen
Grand Slam
Terakhir
Terbuka Perancis 2015

Terbuka Perancis, juga dikenali sebagai Roland Garros (rasmi: Internationaux de France de Tennis, Roland Garros; juga dipanggil Tournoi de Roland Garros) merupakan sebuah pertandingan utama tenis yang dianjurkan selama dua minggu diantara lewat bulan Mei dan awal bulan Jun di Stade Roland Garros, Paris, Perancis. Dinamkan selepas juruterbang Perancis Roland Garros, ia merupakan pertandingan tenis gelanggang tanah liat utama di dunia dan pertandingan kedua daripada empat acara Grand Slam tenis setiap tahun; tiga yang lain adalah Terbuka Australia, Wimbledon dan Terbuka AS. Roland Garros merupakan satu-satunya acara Grand Slam yang diadakan di atas gelanggang tanah liat dan mengakhiri musim gelanggang itu.

Oleh kerana permukaan permainan-perlahan dan perlawanan lima set perseorangan lelaki tanpa tiebreak dalam set terakhir, Acara ini dianggap secara meluas sebagai kejohanan tenis yang paling fizikal di dunia.