Michigan

State of Michigan
Bendera Michigan Mohor
Nama samaran: The Great Lakes State
The Wolverine State,
The Automotive State,
Water-Winter Wonderland
Cogan kata: Si quaeris peninsulam amoenam circumspice

(Jikalau anda mencari semenanjung yang menyenangkan, lihat di sekeliling anda)

Bahasa rasmi Tiada (Bahasa Inggeris, de facto)
Demonim Michigander (pilihan utama)
Michiganian
Ibu negeri Lansing
Bandar raya terbesar Detroit
Kawasan metro terbesar Metro Detroit
Keluasan  Kedudukan ke-11
 - Jumlah 97,990 batu persegi
(253,793 km²)
 - Lebar 386 batu (621 km)
 - Panjang 456 batu (734 km)
 - % air 41.5
 - Latitud 41° 41' N hingga 48° 18' N
 - Longitud 82° 7' W hingga 90° 25' W
Penduduk  Kedudukan ke-8
 - Jumlah 10,071,822 (2007 est.)
 - Kepadatan 179/batu persegi 
67.55/km² (ke-16)
 - Pendapatan median  $44,627 (ke-21)
Ketinggian  
 - Titik tertinggi Gunung Arvon
1,979 ft  (603 m)
 - Purata 902 ft  (275 m)
 - Titik terendah Tasik Erie
571 ft  (174 m)
Kemasukan ke
dalam Kesatuan
Januari 26, 1837 (ke-26)
Gabenor Gretchen Whitmer (D)
Leftenan Gabenor Garlin Gilchrist (D)
Senator A.S. Gary Peters (D)
Debbie Stabenow (D)
Delegasi Dewan A.S. Senarai
Zon waktu  
 - hampir keseluruhan negeri Timur: UTC-5/-4
 - 4 daerah di Semenanjung Atas Sentral: UTC-6/-5 1
Singkatan MI Mich. US-MI
Tapak web www.michigan.gov

Michigan (/ˈmɪʃɨgən/ ) adalah salah sebuah negeri yang membentuk Amerika Syarikat. Namanya diambil daripada Tasik Michigan yang dipercayai berasal daripada perkataan Chippewa michi-gami yang bermaksud tasik besar atau air besar.

Michigan merupakan negeri yang ke-11 terbesar dan ke-8 teramai di Amerika Syarikat. Oleh sebab Michigan dikelilingi oleh empat daripada lima Tasik Besar di Amerika Utara, negeri tersebut memiliki pantai air tawar terpanjang di dunia, dan pantai kedua terpanjang selepas Alaska. Pada tahun 2005, Michigan memperoleh tempat ketiga untuk bilangan bot yang sudah diregister, selepas California dan Florida. Michigan mempunyai 12,000 tasik yang terletak jauh dari pantai. Jika seseorang berada di Michigan, dia akan sentiasa berada kurang daripada 10 km (6 batu) dan 137 km (87.2 batu) dari satu sumber air asli dan empat Tasik Besar tersebut, masing-masing.