Sepuluh Tahun

Sepuluh Tahun
Album himpunan oleh
Search
Dilancarkan pada1991
TempatMalaysia
GenreRock, heavy metal
BahasaBahasa Melayu
SyarikatGo-Search, BMG Pacific
PenerbitM. Nasir
Kronologi Search
Karisma
(1990)
Sepuluh Tahun
(1991)
Rampage
(1992)
sunting · sunting di Wikidata

Sepuluh Tahun ialah album himpunan ketiga rakaman kumpulan Search, dan album himpunan pertama oleh kumpulan tersebut di bawah syarikat rakaman BMG Pacific yang dikeluarkan pada tahun 1991. Kulit album tersebut ialah gambar semasa sebuah konsert Search setelah mereka menghadiri New Music Seminar di Cat Club, New York, Amerika Syarikat pada tahun yang sama. Album yang diterbitkan oleh M. Nasir ini dikeluarkan sempena ulang tahun kesepuluh penubuhan kumpulan Search.

Sepuluh Tahun mengandungi dua buah lagu baru iaitu "Cinta Kita", iaitu lagu saduran "Fantasia Bulan Madu" yang mana Amy merakamkan duet bersama Inka Christie, seorang penyanyi Indonesia, dan "Manusia Oh Manusia", lagu ciptaan M. Nasir manakala yang selebihnya merupakan lagu-lagu yang dipetik dari album-album sebelumnya.

Pada tahun 2017, album ini diterbitkan semula oleh Sony Music dalam bentuk cakera padat berwarna emas.