Senario (kumpulan muzik)

Senario
Juga dikenali
sebagai
Senario (1996-2013)
AsalMalaysia
GenreLawak, Pop, Irama Malaysia, Blues
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi, penulis lirik
Tahun aktif1996
Penampilan sulungmelalui karya sitkom Senario (1996-2012) & album muzik Senario (1997)
Syarikat pengurusanAmbang Klasik (1996-2001)
Tiga Event Sdn Bhd (2001-2003)
Media Prima (2004-2013)
Syarikat rakamanAmbang Klasik (1996-2002)
Sistem Televisyen Malaysia Berhad (2005)
Primeworks Studios (2008)
Kegiatan berkaitanKumpulan Aku Kaya, Kumpulan Serba Salah, Kumpulan Sepahtu, Kumpulan Cecupak
Anggota semasaAzlee Jaafar (1996-kini)
Abdul Wahid (1996-kini)
Mazlan Ahmad (1996–2016, 2024–kini)
Saiful Apek (1998-2004, 2016-kini)
Yassin Anye (1999-2002, 2016-kini)
Ilya Buang (1996-1998, 2016-kini)
Bekas anggotaFarouk Hussain (1996) (Ahli jemputan)
Shamsul Ghau Ghau (1996) (Ahli jemputan)
Hamdan Ramli (1996-1998, 2016-2024)
sunting · sunting di Wikidata

Senario ialah sebuah kumpulan pelawak, pelakon, penyanyi dan penulis lirik dari Malaysia yang lahir daripada program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan.

Kumpulan ini bersilih ganti keahlian sejak ditubuhkan pada 1996. Ahli asal seramai tujuh orang, iaitu Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussain, Ilya Buang dan Hamdan Ramli, seterusnya diikuti oleh Saiful Apek dan Yassin Yahya menjadikan jumlah ahli seramai sembilan orang.

Sketsa-sketsa yang dinukilkan serta dipersembahkan para anggota kumpulan ini dilihat penting sebagai penunjuk cerminan masyarakat kelas pertengahan yang menikmati karya-karya mereka melalui tema yang disampaikan kaku mengena citarasa kelas tersebut. Karya komedi mereka turut ada dipengaruhi penerbitan lawak yang masyhur ketika itu, seperti Gila-Gila.