Senarai episod Game of Thrones
Game of Thrones ialah siri televisyen drama fantasi Amerika Syarikat yang dicipta oleh David Benioff dan D. B. Weiss. Siri ini diadaptasi dari siri novel A Song of Ice and Fire karya George R. R. Martin. Siri ini berlatar di benua cereka Westeros dan Essos dan mengisahkan persetujuan beberapa keluarga bangsawan yang ingin menguasai Takhta Besi Tujuh Kerajaan. Siri ini bermula ketika Bangsa Stark di bawah pimpinan Lord Eddard "Ned" Stark (Sean Bean) terjerumus ke dalam persekongkolan melawan Raja Robert Baratheon (Mark Addy) setelah Penasihat Raja Jon Arryn mendadak meninggal dunia.
Siri ini ditayangkan pada 17 April 2011 di HBO. David Benioff dan D. B. Weiss berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Carolyn Strauss, Frank Doelger, Bernadette Caulfield, dan George R. R. Martin. Penggambaran dijalankan di pelbagai negara, termasuk Croatia, Ireland Utara, Iceland, dan Sepanyol. Episodnya disiarkan setiap hari Ahad jam 21:00 Waktu Amerika Syarikat Timur, dan episod musim pertama sehingga keenam berdurasi antara 50 hingga 69 minit. Enam musim pertama sudah tersedia dalam format DVD dan Blu-ray.
Siri ini menyiarkan musim kelapannya, yang akan terdiri dari enam episod dan disiarkan pada 2019. Banyak episodnya yang memenangi pelbagai anugerah, termasuk dua Anugerah Emmy Primetime untuk Siri Drama Cemerlang.