Cakera Blu-ray

Cakera Blu-ray
Jenis mediaCakera optik berketumpatan tinggi
PengekodanH.262/MPEG-2 Part 2
H.264/MPEG-4 AVC
VC-1
Kapasiti25 GB (lapisan tunggal)
50 GB (dwilapisan)
100/128 GB (BDXL)
Saiz blok64 kb ECC
Mekanisme bacaDiod laser 405 nm:
1× @ 36 Mbit/s (4.5 MB/s)
Dibangunkan olehBlu-ray Disc Association
Dimensi120 mm (diameter)
1.2 mm (ketebalan)
KegunaanStoran data
Video definisi tinggi (1080p)
Audio definisi tinggi
3D stereoskopi
Permainan PlayStation 3
Optical discs
  • Disk optik
  • Optical disc drive
  • Optical disc authoring
  • Authoring software
  • Recording technologies
    • Recording modes
    • Packet writing
Optical media types
  • Blu-ray Disc (BD): BD-R, BD-RE
  • DVD: DVD-R, DVD+R, DVD-R DL, DVD+R DL, DVD-RW, DVD+RW, DVD-RW DL, DVD+RW DL, DVD-RW2, DVD-RAM, DVD-D, HVD
  • Compact Disc (CD): Red Book, CD-ROM, CD-R, CD-RW, 5.1 Music Disc, SACD, PhotoCD, CD Video (CDV), Video CD (VCD), SVCD, CD+G, CD-Text, CD-ROM XA, CD-i
  • Universal Media Disc (UMD)
  • Enhanced Versatile Disc (EVD)
  • Forward Versatile Disc (FVD)
  • Holographic Versatile Disc (HVD)
  • China Blue High-definition Disc (CBHD)
  • HD DVD: HD DVD-R, HD DVD-RW, HD DVD-RAM
  • High-Definition Versatile Disc (HDVD)
  • High definition Versatile Multilayer Disc (HD VMD)
  • VCDHD
  • GD-ROM
  • MiniDisc (MD) (Hi-MD)
  • Laserdisc (LD)
  • Video Single Disc (VSD)
  • Ultra Density Optical (UDO)
  • Stacked Volumetric Optical Disk (SVOD)
  • Five dimensional discs (5D DVD)
  • Nintendo optical disc (NOD)
Standards
Further reading
  • History of optical storage media
  • High definition optical disc format war

Cakera Blu-ray (bahasa Inggeris: Blu-ray Disc, BD) merupakan sebuah format baru cakera padat yang bakal menggantikan cakera DVD. Format Blu-ray telah dibangunkan oleh Persatuan Cakera Blu-ray (Blu-ray Disc Association, BDA), dengan keterlibatan lebih dari 170 syarikat utama elektronik pengguna dari seluruh dunia.

Satu cakera Blu-ray dapat memuatkan sejumlah 25 GB data pada satu lapisan atau 50 GB dwi lapisan berbanding 4.7 GB data untuk DVD. Seperti namanya Blu-ray (sinar biru) mendapat namanya dari teknologi baru membaca cakera laser, berbeza dari DVD menggunakan pancaran laser berwarna merah, Blu-Ray sebaliknya berwarna biru. Laser biru-ungu mempunyai panjang gelombang 405 nm, lebih pendek berbanding DVD (650 nm) dan CD (780 nm). Ia mula dijual pada Jun 2006.

Blu-ray dicipta sejajar dengan pengenalan HDTV (Televisyen definisi tinggi), yang berkeupayaan memancarkan mutu siaran lebih jelas serta interaktif. Dengan pengenalan Blu-ray, rakaman serta penyimpanan jumlah data yang besar yang menyamai kualiti HDTV dapat dilaksanakan. Blu-ray juga digunakan dalam PlayStation 3 Sony.

Blu-ray memenangi perang format cakera optik definisi tinggi, menewaskan format HD-DVD. Toshiba, salah satu pemaju utama format pesaing itu, secara rasminya mengesahkan urusan mereka pada HD-DVD ditamatkan pada 19 Februari 2008.