Sean Bean

Sean Bean
Bean pada tahun 2015.
Kelahiran
Shaun Mark Bean

(1959-04-17) 17 April 1959
Handsworth, Sheffield, West Riding of Yorkshire, England
Pusat pendidikanRoyal Academy of Dramatic Art
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1983–sekarang
PasanganDebra James (k. 1981–1988)
Melanie Hill (k. 1990–1997)
Abigail Cruttenden (k. 1997–2000)
Georgina Sutcliffe (k. 2008–2010)
Anak-anak3

Shaun Mark Bean (lahir 17 April 1959), dikenali secara profesional sebagai Sean Bean, ialah seorang pelakon Inggeris. Beliau membuat penampilan profesional pertama dalam produksi teater Romeo dan Juliet pada tahun 1983. Beliau mula mencapai kejayaan selepas melakonkan watak Richard Sharpe dalam siri ITV, Sharpe. Bean selepas itu menerima pengiktirafan lagi untuk lakonannya sebagai Ned Stark dalam siri HBO, Game of Thrones serta peranan dalam siri antologi, BBC, Accused dan siri ITV, Henry VIII. Peranan filemnya yang paling terkenal adalah sebagai Boromir dalam trilogi The Lord of the Rings (2001–2003).

Peranan-peranannya yang lain termasuk Alec Trevelyan dalam filem James Bond, GoldenEye (1995) dan Odysseus dalam Troy (2004) serta peranan dalam Patriot Games (1992), Ronin (1998), National Treasure (2004), North Country (2005), The Island (2005), Silent Hill (2006), Black Death (2010), Jupiter Ascending (2015) dan The Martian (2015). Sebagai seorang pelakon suara, Bean mempunyai peranan dalam permainan video, The Elder Scrolls IV: Oblivion dan drama The Canterbury Tales. Beliau telah menerima beberapa anugerah dalam kariernya dan memenangi Emmy Antarabangsa untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Beliau juga dicalonkan Anugerah BAFTA dan Anugerah Zuhal.