Game of Thrones (musim 1)

Musim pertama siri televisyen drama fantasi Game of Thrones disiarkan di HBO pada 17 April 2011 jam 21:00 EST di Amerika Syarikat dan berakhir pada 19 Jun 2011. Siri ini mengandungi sepuluh episod, masing-masing berdurasi kurang lebih 55 minit. Siri ini diadaptasi dari A Game of Thrones, novel pertama dalam siri A Song of Ice and Fire karya George R. R. Martin, diadaptasi untuk televisyen oleh David Benioff dan D. B. Weiss. HBO telah menempah episod pengenalan pada November 2008; penggambaran bermula pada 2009. Bagaimanapun, episod itu tidak disiapkan dan dibuat semula dengan penggantian barisan pelakon. Pada Mac 2010, HBO menempah musim pertama. Penggambaran bermula pada Julai 2010 di Belfast, Ireland Utara dan Malta.