Semur

Semur
Semur daging dengan kentang, ditabur bawang merah goreng
Nama alternatifSmoor (dialek Belanda)
JenisMakanan 
Jenis sajianHidangan utama
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Suhu penghidanganPanas atau suhu bilik
Bahan utamaDaging lembu dan kentang direneh dalam kicap manis, dengan bawang putih, bawang merah, buah pala, cengkih dan kayu manis, ditaburi dengan bawang merah goreng
Bahan yang biasa digunakanDaging lembu, ubi kentang, sos kicap, air, Minyak masak, garam, red onion, bawang putih, Lada, ginger 
Keragaman/variasiLidah lembu, ayam, tauhu, telur, ikan
sunting ยท sunting di Wikidata

Semur ialah stu daging Indonesia (terutamanya daging lembu) yang direbus dalam kuah perang pekat. Ia biasa ditemui dalam masakan Indonesia. Bahan utama dalam kuah ialah kicap manis, bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, buah keras, buah pala dan bunga cengkih (dan kadangkala dengan lada hitam, ketumbar, jintan manis dan kayu manis).

Kicap manis ialah bahan terpenting dalam proses pembuatan semur kerana ia berfungsi untuk menguatkan rasa, tetapi ia perlu diadun secara harmoni dengan bahan-bahan lain. Selain rempah ratus dan perasa, semur juga terdiri daripada pelbagai bahan utama seperti daging (terutama daging lembu), lidah lembu, kentang, tauhu, tomato, tempe, telur, ayam, ikan dan sering ditabur bawang merah goreng atau variasi lain mengikut citarasa masyarakat di setiap wilayah.