Batu Pahat
1°51′8″N 102°56′14″E / 1.85222°N 102.93722°E
Batu Pahat (باتو ڤاهت)
Bandar Penggaram بندر ڤڠڬارم | |
|---|---|
Bandar | |
| Transkripsi lain | |
| • Cina | 峇株巴辖 Bāzhūbāxiá (Pinyin) |
| • Tamil | பத்து பகாட் நகரம் Pattu Pakāṭ Nakaram (Transliterasi) |
Pemandangan bangunan kedai-kedai di bandar Batu Pahat, Johor. | |
Mohor | |
| Nama panggilan: BP | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Johor |
| Penubuhan | 1894 |
| Majlis Daerah | 1976 |
| Majlis Perbandaran | 2001 |
| Pentadbiran | |
| • Pegawai daerah, Yang Dipertua | Norizan Kulop |
| • ADUN Johor | Gan Peck Cheng (DAP) |
| Penduduk (2010) | |
| • Bandar | 311,862 |
| • Metro | 468,058 |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Poskod | 83xxx |
| Kod awalan panggilan antarabangsa | +60742XXXXX, +60743XXXXX, +60744XXXXX, +60745XXXXX (talian darat sahaja) |
| Laman sesawang | www |
Batu Pahat (باتو ڤاهت, juga dikenali sebagai Bandar Penggaram atau BP) merupakan Bandar yang terdapat di dalam Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Pada tahun 2008, Batu Pahat di tangga ke-12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi. Pada tahun 2009, Batu Pahat merupakan bandar ke-20 terbesar di Malaysia dari segi jumlah penduduknya. Ia juga bandar kedua terbesar dalam negeri Johor selepas bandaraya Johor Bahru.
Berdasarkan bancian pada tahun 2010, Batu Pahat merupakan bandar ke-16 terbesar di Malaysia dari segi jumlah penduduknya. Batu Pahat Mall juga telah didirikan di Batu Pahat ini. Pada tahun 2012, Batu Pahat menjadi bandar ke-16 di seluruh Malaysia yang pesat membangun, akibat limpahan perkembangan perindustrian dan juga bidang pendidikan.