Sein Qudsi

Syed Qudsi
Kelahiran
Syed Hussein bin Syed Mustafa Al-Qudsi

(1983-06-29) 29 Jun 1983
Nama lainSein Qudsi
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengarah, penerbit, penulis
Tahun aktif1998–kini
PasanganNoor Diyana Muhammad (k. 2006)
Anak-anak4
Kerjaya muzik
GenreHip hop, R&B
Alat muzikVokal
Kegiatan berkaitanM.O.B, Too Phat, Ruffedge, Syafinaz Selamat

Syed Hussein Syed Mustafa Al-Qudsi (lahir 29 Jun 1983) lebih dikenali sebagai Sein Ruffedge atau Sein Qudsi, merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia berketurunan Melayu-Arab. Beliau memulakan kerjaya seninya sejak 1998 menerusi kumpulan M.O.B yang turut dianggotai oleh Shaheizy Sam, seterusnya bersama kumpulan Ruffedge. Syed Hussein atau lebih dikenali sebagai Sein turut menceburi bidang lakonan dengan membintangi sitkom Spanar Jaya sebagai Razlan di ntv7.

Pada 2013, beliau mengarahkan filem pertamanya, Langgar.