Sayang Salmah

Sayang Salmah
Poster keluaran tayangan
PengarahMahadi J. Murat
PenulisMahadi J. Murat
Dihasilkan olehMahadi J. Murat
Dibintangi
SinematografiRashidi Maidin
Disunting olehMahadi J. Murat
Muzik olehAdnan Abu Hassan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 31 Ogos 1995 (1995-08-31) (Malaysia)
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.6 juta
Pecah panggungRM1.1 juta

Sayang Salmah ialah sebuah filem cereka Malaysia yang diterbitkan dalam tahun 1995, arahan, skrip, lakonlayar dan penyuntingan filem oleh Mahadi J. Murat. Dibintangi oleh Sidi Oraza, Azhar Sulaiman, Norish Karman, Sofia Jane, Jalalludin Hassan, Sabri Yunos, Johari Ibrahim dan ramai lagi. Telah mewakili Malaysia dalam Festival Filem Asia Pasifik di Auckland New Zealand 1996, dan berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik melalui Sidi Oraza. Sidi juga adalah pemenang Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 12 yang diadakan pada 5 Nov 1995. Kemenangan Sidi di FFAP merupakan kemenangan anugerah utama ke dua bagi filem Melayu, selepas kemenangan P Ramlee sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam filem Anakku Sazali terbitan Shaw Brothers Singapura pada tahun 1957.