Sidi Oraza
Sidi Oraza SSAP (Pahang) | |
|---|---|
Sidi (kiri) dan Khalid Salleh menunjukan anugerah yang dimenangi masing-masing di FFAP. | |
| Kelahiran | Syed Osman bin Syed Rastan 31 Oktober 1965 |
| Pekerjaan | Pelakon, usahawan |
| Tahun aktif | 1980–2003, 2024–kini |
| Pasangan | Datin Sri Tengku Ismawati Badrulzaman (k. 1989) |
| Anak-anak | 5 |
Yang Hormat Dato’ Sri Sidi Oraza (lahir Syed Osman bin Syed Rastan; 31 Oktober 1965) merupakan seorang pelakon dan usahawan lelaki Malaysia yang mencipta nama pada era 1980-an. Sebagai pelakon bergred A di Malaysia, kelibat Sidi agak sukar untuk dilihat dalam banyak karya. Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang selektif. Beliau juga telah cuba berlakon teater bagi mengasah kembali bakat berlakon beliau setelah berhenti seketika akibat penyakit.