Salbiah Mohamed
Salbiah Mohamed | |
|---|---|
| سلبية محمد | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
| Menyandang jawatan 22 November 2022 | |
| Raja | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
| Menteri Besar | Saarani Mohamad |
| Portfolio | Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat & Pembangunan Usahawan |
| Didahului oleh | Wan Norashikin Wan Noordin (Wanita, Keluarga & Kebajikan Masyarakat) Zainol Fadzi Paharudin (Pembangunan Usahawan) |
| Kawasan pilihan raya | Temengor |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Temengor | |
| Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | Hasbullah Osman (BN–UMNO) |
| Majoriti | 3,215 (2013) 3,935 (2018) 1,048 (2022) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Salbiah binti Mohamed 7 Mei 1978 Gerik, Perak, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Pasangan | Mohd Faizal Malek |
| Anak | 4 |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Salbiah binti Mohamed (lahir 7 Mei 1978) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Saarani Mohamad sejak November 2022 serta sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Temengor sejak Mei 2013. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan BN. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Wanita UMNO Gerik, Ketua Wanita UMNO Perak dan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO.