Sagittarius A*

Sagittarius A*

Gambar Sagittarius A* oleh Event Horizon Telescope pada 2017, disiarkan 2022
Data cerapan
Epok J2000      Ekuinoks J2000
Buruj Sagittarius
Jarak hamal 17j 45m 40.0409s
Keserongan −29° 0′ 28.118″
Perincian
Jisim8.26×1036 kg
(4.154±0.014)×106 M
Astrometri
Jarak26,673±42 ly
(8,178±13 pc)
Rujukan pangkalan data
SIMBADdata

Sagittarius A* (disebut "Sagittarius A-Bintang" (Jawi: ساڬيتاريوس إيه بينتڠ), disingkat Sgr A*) ialah lohong hitam supermasif di dalam pusat Bima Sakti, berdekatan sempadan buruj-buruj Pemanah (Sagittarius) dan Kala (Scorpius) kira-kira 5.6° selatan ekliptik. Lohong hitam ini sumber radio astronomi yang terang dan padat.

Nama lohong hitam ini ada sebab sejarahnya. Huruf A menandakan sumber radio paling terang dalam buruj Pemanah. Tanda bintang ( * ) pada nama lohong hitam ini kerana penemuannya dianggap "menguja", dan dalam fizik atom, tatanama atom teruja ditandakan dengan tanda bintang. Tanda bintang ini diberikan pada tahun 1982 oleh Robert L. Brown yang memahami bahawa pancaran radio terkuat dari pusat galaksi dinampakkan akibat sebuah objek radio tidak terma padat.

Pemerhatian beberapa bintang yang mengorbit sekitar Sagittarius A*, terutamanya bintang S2, telah digunakan untuk mencari jisim dan had atas jejari objek. Berdasarkan jisim dan had atas ini, ahli-ahli falak telah menyimpulkan bahawa Sagittarius A* mesti lohong hitam supermasif Bima Sakti. Nilai semasa jisim lohong hitam ini ialah 4.154 (± 0.014) juta jisim matahari.

Pada 12 Mei 2022, ahli-ahli falak menyiarkan gambar Sagittarius A* diambil daripada data pemerhatian radio Event Horizon Telescope pada April 2017, gambar ini mengesahkan objek tersebut sebagai sebuah lohong hitam. Gambar ini gambar lohong hitam kedua yang disahkan selepas gambar lohong hitam yang diambil daripada galaksi Messier 87 pada tahun 2019.