Bima Sakti

Galaksi Bima Sakti
Imej inframerah teras galaksi Bima Sakti
Data pemerhatian
JenisSBbc (galaksi pilin berpalang)
Ukur lilit100,000 tahun cahaya
Ketebalan1,000 tahun cahaya (bintang)
Bilangan bintang200 hingga 400 bilion
Bintang tertua13.2 bilion tahun
Jisim5.8×1011 M
Jarak antara Matahari dengan pusat galaksi26,000 ± 1400 tahun cahaya
Tempoh putaran galaksi Matahari220 tahun cahaya (putaran negatif)
Tempoh putaran pola pilin50 juta tahun
Tempoh putaran pola palang15 ke 18 juta tahun
Kelajuan relatif kepada rangka rehat CMB552 km/s
Lihat juga: Galaksi, Senarai galaksi

Bima Sakti (Jawi: بيما سقتي, sebutan) adalah sebuah galaksi pilin berpalang yang merupakan sebahagian galaksi Kumpulan Tempatan dan terletaknya Sistem Suria. Satah galaksi Bima Sakti dapat dilihat dari Bumi sebagai jalur cahaya di langit pada waktu malam, rupa jalur cahaya berkenaan mengilhami nama galaksi ini.

Galaksi Bima Sakti dianggarkan mengandungi 100–400 bilion butir bintang dan sekurang-kurangnya bilangan planet yang sama banyak. Di pusat galaksi ini terletaknya sebuah lohong hitam supermasif dikenali dengan nama Sagittarius A*, jisimnya bernilai 4.100 (± 0.034) juta jisim suria. Sistem Suria duduk 27,000 tahun cahaya dari pusat tersebut di pinggir dalam Lengan Orion, salah satu lengan gas dan habuk berbentuk pilin dalam galaksi ini.