Pemanah (buruj)
| Sagittarius | |
|---|---|
| Buruj | |
| Nama Latin | Sagittarius |
| Singkatan | Sgr |
| Genitif | Sagittarii |
| Sebutan | /sagitarius/, genitif /sagitari.i/ |
| Simbolisme | Pemanah |
| Pencerapan | |
| (Epok J2000) | |
| 19 | |
| Keserongan | −25 |
| Sukuan | SQ4 |
| Keluarga | Zodiak |
| Keluasan | 867 darjah persegi (ke-15) |
| Bintang | |
| Bintang utama | 12, 8 |
Bintang Bayer/Flamsteed | 68 |
Bintang dengan planet | 32 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 7 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 2 |
Bintang paling terang | ε Sgr (Kaus Australis) (1.79m) |
| Bintang terhampir | Ross 154 (9.69 tc, 2.97 pc) |
| Objek | |
| Objek Messier | 15 |
| Buruj bersempadan | |
| Catatan | |
| Boleh dilihat pada garis lintang antara +55° dan −90°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Ogos. | |
| sunting | |
Pemanah, Danuh (Sanskrit: धनु Dhanu), Kaus (Arab: القوس al-Qaws), atau Sagitarius atau Sagittarius (Sgr) ialah salah sebuah buruj zodiak. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud pemanah, dan lambangnya ialah (Unicode U+2650 ♐). Sagittarius kerap diwakilkan sebagai sentaur yang menarik busur. Buruj ini terletak di antara Scorpius (Kala) dan Ophiuchus (Peregang Ular) ke barat dengan Capricornus (Kambing Duyung) ke timur.