Sabak Bernam

Sabak Bernam
Daerah Sabak Bernam
سابق برنم
Transkripsi lain
 • Cina沙白安南县
Shā bái ān nán xiàn (Pinyin)
 • Tamilசபாக் பெர்ணம்
Capāk Peṟṇam (Transliterasi)
Lokasi Sabak Bernam di Selangor
Sabak Bernam
Lokasi Sabak Bernam di Malaysia
Koordinat: 3°40′N 101°05′E / 3.667°N 101.083°E / 3.667; 101.083
Negara Malaysia
Negeri Selangor
PusatSabak
Kawasan kerajaan tempatanMajlis Daerah Sabak Bernam
Pentadbiran
 • Pegawai daerahNasir Mamat
 • Wakil SultanBaharin Mat Akhir
Keluasan
 • Jumlah997.1 km2 (385.0 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah107,057
 • Kepadatan110/km2 (280/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)
Poskod
45xxx
Kod panggilan+6-03
Nombor pendaftaran kenderaanB

Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang terletak di barat laut negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan negeri Perak di utara dan Sungai Bernam membentuk garis sempadan tersebut. Selain itu, Daerah Sabak Bernam juga berhampiran dengan Hulu Selangor terletak di timur, Kuala Selangor di selatan serta Selat Melaka di barat. Bandar utama di sini adalah pekan Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan. Daerah ini juga terkenal dengan penduduk berketurunan Jawa, Banjar dan Kampar.