Francissca Peter

Francissca Peter
Maklumat latar belakang
Nama lahirLuciana Francissca Lucian Gabriel Peter
Kelahiran (1961-09-06) 6 September 1961
Ipoh, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
WarganegaraMalaysia
GenrePop, dance, jaz, balada
PekerjaanPenyanyi, komposer, penerbit, pencipta lirik, pengajar vokal, pelakon
Alat muzikVokal
Tahun aktif1982–2025
Syarikat rakamanWarner Music Malaysia
Scat Records
Millenium Art Sdn. Bhd.
Inderoc Records USA
EMI Malaysia
Kegiatan berkaitanRoyston Sta Maria, Jamal Abdillah, Bibiana Peter, VE, Julfekar
Pautan berkaitan
Tapak sesawangfrancisscapeter.com
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Yang Hormat Dato' Luciana Francissca Lucian Gabriel Peter atau lebih dikenali sebagai dengan panggilan Fran (dilahirkan pada 6 September 1961 di Klang, Selangor) ialah seorang bekas penyanyi, pelakon, dan penggubah lagu di Malaysia. Beliau mempunyai lebih daripada 20 buah lagu popular dan telah dianugerahkan "Vokal Wanita Terbaik" sebanyak lima tahun berturut-turut pada pertengahan tahun 1980-an. Selain itu, beliau pernah menjadi duta untuk "World Vision Malaysia" sejak tahun 2004.

Di samping itu, beliau juga dikenali sebagai seorang guru vokal yang mendapat peranan juri untuk beberapa pertandingan nyanyian. Beliau juga mengadakan kelas tarian, kelas mencipta lagu, serta mengendalikan beberapa bengkel motivasi tentang pengurusan artis dan pengurusan vokal. Fran juga dikenali sebagai "The Fundraising Queen" kerana beliau banyak terlibat dengan kerja-kerja amal dan kebajikan masyarakat.