Rubah merah

Rubah merah
Julat zaman: Pertengahan Pleistosen–Kini
Rubah merah di Pusat Hidupan Liar British, Surrey
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
V. vulpes
Nama binomial
Vulpes vulpes
(Linnaeus, 1758)
Subspesies

45 ssp., lihat teks

Taburan rubah merah seluruh dunia
hijau - asli
lembayung - diperkenalkan
jingga - tidak tentu
Sinonim

Canis vulpes Linnaeus, 1758

Rubah merah (nama saintifik: Vulpes vulpes) ialah sejenis rubah bertaburan ke serata Hemisfera Utara dari Garisan Artik ke Afrika Utara, Amerika Utara, dan Asia, IUCN menyenaraikannya sebagai spesies spesies kurang membimbangkan. Ia juga diperkenalkan ke benua Australia sebagai spesies ceroboh paling berbahaya.

Spesies rubah ini berasal daripada leluhur bersaiz lebih kecil dari Eurasia semasa zaman Villafranca Pertengahan, dan tersebar ke Amerika Utara tidak lama selepas pengglasieran Wisconsin. Empat puluh lima subspesies setakat ini diakui, yang dibahagikan kepada dua kategori: rubah utara besar, dan rubah selatan basal kecil dari Asia dan Timur Tengah. Badan rubah merah yang besar sesuai gaya hidupnya sebagai pemangsa karnivor. Selain itu, badannya boleh membiasakan diri kepada apa jua persekitaran baharu dengan cepat.