Carnivora
| Carnivora | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Infrakelas: | |
| Superorder: | |
| Order: | Carnivora Bowdich, 1821
|
| Famili | |
| |
Carnivora (daripada Latin: carō (kata dasar carn-) "daging", + vorāre "melahap") merangkumi lebih 260 spesies mamalia plasenta. Spesies-spesies yang menganggotai order ini secara tepatnya dipanggil karnivora, manakala istilah "karnivor" atau "maging" sebenarnya memaksudkan mana-mana haiwan pemakan daging, termasuk bukan mamalia. Karnivora ialah order yang saiznya paling berbagai, dari jelu terkecil (Mustela nivalis) yang sekecil 25 gram (0.88 oz) dan 11 sentimeter (4.3 in), beruang kutub (Ursus maritimus) yang seberat 1,000 kilogram (2,200 lb), hinggalah anjing laut gajah selatan (Mirounga leonina) yang jantan dewasanya mencapai berat 5,000 kilogram (11,000 lb) dan panjang 6.9 meter (23 ka).
Hampir semua karnivora menjadikan daging sebagai makanan utama. Sesetengah keluarga seperti kucing, anjing dan jelu hanya makan daging, manakala keluarga lain seperti rakun dan beruang cenderung kepada omnivor, bergantung pada persekitaran habitat. Panda gergasi hampir herbivor sepenuhnya tetapi sekali-sekala ia turut memakan ikan, telur dan serangga, jauh berlawanan dengan beruang kutub yang hanya memakan daging kerana habitatnya ketandusan tumbuh-tumbuhan. Karnivora memiliki gigi, cakar, dan penglihatan dwimata yang sesuai untuk menangkap dan memangsa haiwan lain. Sebilangan besar spesies karnivor memburu secara berkumpulan agar mudah mengatasi mangsa yang lebih besar.
Karnivora dipercayai mula berevolusi daripada keluarga Miacidae di Amerika Utara kira-kira 42 juta tahun dahulu, kemudian berpecah menjadi dua kelompok iaitu seakan kucing (Feliformia) dan seakan anjing (Caniformia).