Rubah
| Rubah | |
|---|---|
| Rubah merah (Vulpes vulpes) | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Mamalia |
| Order: | Carnivora |
| Keluarga: | Canidae |
| Tribus: | Vulpini |
| Genus | |
Rubah (Jawi: روبه) ialah mamalia omnivor bersaiz kecil hingga sederhana yang tergolong dalam beberapa genus keluarga Canidae. Mereka mempunyai tengkorak yang rata, telinga segi tiga tegak, muncung runcing dan sedikit terbalik, dan ekor yang panjang dan lebat.
Rubah tersebar di semua benua kecuali Antartika. Spesies rubah yang paling meluas adalah rubah merah (Vulpes vulpes) dengan kira-kira 47 subspesies dikenalpasti.