Eurasia
| Kawasan | 54,759,000 km2 |
|---|---|
| Penduduk | 4,620,000,000 (2010) |
| Ketumpatan penduduk | 84/km2 |
| Demonim | Serani |
| Negara | 92 (senarai) |
| Wilayah tanggungan | 9 |
| Negara bukan PBB | 8 |
| Zon masa | UTC to UTC+12 |
Eurasia ialah sebuah tanah besar yang mencakupi sekitar 52,990,000 km2 (20,846,000 batu2) atau kira-kira 10.6% daripada permukaan Bumi (36.2% kawasan tanah). Seringkali dianggap sebagai benua tunggal, Eurasia terdiri daripada benua tradisional Eropah dan Asia (dengan Eurasia menjadi sebuah daripada dua buah kata gembleng), satu konsep yang bertarikh sehingga era antik klasik. Afro-Eurasia, adalah 2 kelompok benua iaitu Eurasia dengan Afrika yang bertemu di Terusan Suez.
Eurasia didiami hampir 4.6 bilion penduduk, lebih daripada 72.5% jumlah penduduk dunia. Terdapat dakwaan namun fakta ini masih dalam perdebatan yang mengatakan, manusia pertama datang ke Eurasia adalah dari benua Afrika, dianggarkan sekitar 125,000 hingga 60,000 tahun yang lalu.