Ronald Koeman

Ronald Koeman
Koeman pada tahun 2014
Maklumat peribadi
Nama penuh Ronald Koeman
Tarikh lahir (1963-03-21) 21 Mac 1963
Tempat lahir Zaandam, Belanda
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Pertahanan
Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Belanda (pengurus)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1980–1983 Groningen 90 (100000000101010101010010100)
1983–1986 Ajax 94 (1000)
1986–1989 PSV 98 (1000)
1989–1995 Barcelona 192 (1000)
1995–1997 Feyenoord 61 (1000)
Jumlah 535 (5000)
Pasukan kebangsaan
1982–1994 Belanda 78 (14)
Pasukan diurus
1997–1998 Belanda (pembantu)
1998–2000 Barcelona (pembantu)
2000–2001 Vitesse
2001–2005 Ajax
2005–2006 Benfica
2006–2007 PSV Eindhoven
2007–2008 Valencia
2009 AZ
2011–2014 Feyenoord
2014–2016 Southampton
2016–2017 Everton
2018–2020 Belanda
2020–2021 Barcelona
2023– Belanda
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Ronald Koeman (Sebutan Belanda: [ˈroːnɑlt ˈkumɑn] ( listen); lahir 21 Mac 1963) merupakan pengurus dan bekas pemain bola sepak profesional Belanda yang kini mengendalikan pasukan kebangsaan Belanda. Dia merupakan adik kepada bekas jurulatih Feyenoord, Erwin Koeman dan anak kepada bekas pemain bola sepak Belanda, Martin Koeman. Koeman boleh beraksi di posisi pertahanan dan posisi tengah. Koeman dikenali dengan hantaran jarak jauhnya, serta ketepatan percubaan terutamanya semasa sepakan percuma. Dia merupakan pemain pertahanan dengan jaringan terbanyak dalam sejarah bola sepak; dia juga merupakan pengambil sepakan penalti yang tepat.

Di peringkat antarabangsa, Koeman merupakan salah seorang bintang pasukan kebangsaan Belanda, bersama-sama Marco van Basten, Ruud Gullit, Frank Rijkaard dan Dennis Bergkamp. Dia memenangi Euro 88 dan bermain ketika Piala Dunia FIFA 1990 dan Piala Dunia FIFA 1994.

Selepas memenangi Piala Eropah bersama PSV pada tahun 1988, Koeman berpindah ke Barcelona dan menjadi sebahagian daripada "pasukan impian" Johan Cruyff, membantu kelab itu memenangi La Liga empat kali berturut-turut di antara tahun 1991 dan 1994. Dia juga memenangi Piala Eropah pada tahun 1992 dimana dia menjaringkan gol kemenangan ke atas Sampdoria.