Ruud Gullit

Ruud Gullit
Maklumat peribadi
Nama penuh Ruud Gullit
Tarikh lahir (1962-09-01) 1 September 1962
Tempat lahir Amsterdam, Belanda
Ketinggian 1.90 m (6 ka 3 in)
Posisi permainan Pemain tengah / Penyerang
Kerjaya remaja
1967–1975 ASV Meerboys
1975–1979 DWS
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1979–1982 HFC Haarlem 91 (32)
1982–1985 Feyenoord 85 (30)
1985–1987 PSV 68 (46)
1987–1993 Milan 117 (35)
1993–1994 Sampdoria 31 (15)
1994 Milan 8 (3)
1994–1995 Sampdoria 22 (9)
1995–1998 Chelsea 49 (4)
Jumlah 465 (175)
Pasukan kebangsaan
1979 Belanda B21 4 (1)
1981–1994 Belanda 66 (17)
Pasukan diurus
1996–1998 Chelsea (pemain-pengurus)
1998–1999 Newcastle United
2004–2005 Feyenoord
2007–2008 Los Angeles Galaxy
2011 Terek Grozny
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Ruud Gullit OON (Sebutan Belanda: [ˈryt ˈxɵlɪt] ( listen); (lahir pada 1 September 1962) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda yang aktif pada era 1980-an dan 1990-an. Beliau bermain di posisi pemain tengah atau penyerang. Beliau mengetuai pasukan kebangsaan Belanda yang merangkul kejuaraaan Euro 1988 dan beliau turut mewakili negaranya ke Piala Dunia 1990 dan Euro 1992.

Di peringkat kelab, beliau berpindah ke Milan dari PSV Eindhoven pada 1987 menjadi rekod perpindahan dunia. Beliau membentuk trio Belanda di Milan bersama Marco van Basten dan Frank Rijkaard. Gullit meraih tiga gelaran Serie A dan dua trofi Piala Eropah bersama Milan. Pada 1996, beliau berpindah ke Chelsea dan setahun kemudian, beliau memainkan peranan sebagai pemain-pengurus. Pada musim debutnya di Chelsea, beliau membawa pasukannya merangkul Piala FA Inggeris, kejuaraan pertama Chelsea dalam masa 26 tahun. Pada masa yang sama, beliau menjadi pengurus bukan England pertama yang meraih Piala FA.

Gullit dinobatkan Ballon d'Or pada 1987 dan Pemain Terbaik World Soccer pada 1987 dan 1989. Beliau biasanya diletakkan di posisi pemain tengah menyerang, serta serba boleh bermain di beberapa posisi sepanjang kariernya. Pada 2004, beliau tersenarai dalam FIFA 100 iaitu 125 pemain terhebat yang dipilih Pelé untuk meraikan ulang tahun FIFA ke-100.