Marco van Basten

Marco van Basten
Van Basten pada tahun 2006
Maklumat peribadi
Nama penuh Marco van Basten
Tarikh lahir (1964-10-31) 31 Oktober 1964
Tempat lahir Utrecht, Belanda
Ketinggian 1.92 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1970–1971 EDO
1971–1980 UVV
1980–1981 USV Elinkwijk
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1981–1987 Ajax 133 (128)
1987–1995 Milan 147 (90)
Jumlah 280 (218)
Pasukan kebangsaan
1981 Belanda B21 15 (13)
1983–1992 Belanda 58 (24)
Pasukan diurus
2003–2004 Jong Ajax (pembantu)
2004–2008 Belanda
2008–2009 Ajax
2012–2014 Heerenveen
2014 AZ
2014–2015 AZ (pembantu)
2015–2016 Belanda (pembantu)
Pengalaman
Bola sepak lelaki
Mewakili  Belanda
Piala Eropah UEFA
Juara Jerman Barat 1998
Sweden 1992
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Marcel "Marco" van Basten (Sebutan Belanda: [ˈmɑrkoː vɑn ˈbɑstə(n)] ( listen); dilahirkan pada 31 Oktober 1964) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda dan juga seorang bekas jurulatih. Sepanjang kariernya sebagai seorang pemain, van Basten hanya bermain untuk Ajax dan Milan dari 1980an hingga awal 1990an sebagai seorang penyerang. Beliau diakui sebagai salah seorang penyerang terbaik sepanjang zaman dan telah menjaringkan lebih 300 gol sepanjang kariernya. Namun begitu, dalam perlawanan terakhirnya pada 1993 ketika berusia 28 tahun, beliau telah mengalami kecederaan yang memaksanya untuk bersara dua tahun kemudian. Beliau kemudian menjadi ketua jurulatih Ajax dan pasukan kebangsaan Belanda.

Sepanjang bermain untuk Belanda, van Basten dinobatkan sebagai "Pemain Terbaik Kejohanan" Euro 1988 selepas persembahannya yang memukau dengan menjaringkan lima gol termasuklah gol voli pada perlawanan akhir menentang Kesatuan Soviet. Pada peringkat kelab, beliau meraih tiga gelaran Eredivisie, satu Piala Pemenang UEFA bersama Ajax dan tiga gelaran Serie A dan dua trofi Piala Eropah ketika bersama Milan.

Van Basten dinobatkan sebagai pemenang Ballon d'Or sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1988, 1989, dan 1992. Selepas itu, beliau turut dinamakan Pemain Terbaik Dunia FIFA pada tahun 1992. Pada tahun 1999, beliau berada di kedudukan keenam dalam pengundian internet Pemain Abad Ini FIFA, dan di kedudukan kesepuluh dalam kalangan pemain Eropah abad ini oleh IFFHS serta di tempat ke-12 dalam pemilihan Pemain Terbaik Dunia Abad Ini. Pada tahun 2004, beliau dipilih Pelé ke dalam senarai FIFA 100. Pada tahun yang sama, satu pengundian dibuat bagi menentukan 100 orang Belanda terhebat. Van Basten berada di kedudukan ke-25 dan di kedudukan kedua di kalangan pemain bola sepak selepas Johan Cruyff. Pada 2007, Sky Sports meletakkan Van Basten di tempat pertama dalam senarai atlet terhebat yang menamatkan kariernya di usia yang awal.