Dennis Bergkamp

Dennis Bergkamp
Maklumat peribadi
Nama penuh Dennis Nicolaas Maria Bergkamp
Tarikh lahir (1969-05-10) 10 Mei 1969
Tempat lahir Amsterdam, Belanda
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Ajax (pembantu jurulatih)
Kerjaya remaja
1981–1986 Ajax
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1986–1993 Ajax 185 (103)
1993–1995 Internazionale 52 (11)
1995–2006 Arsenal 315 (87)
Jumlah 552 (201)
Pasukan kebangsaan
1989 Belanda B21 2 (0)
1990–2000 Belanda 79 (37)
Pasukan diurus
2011– Ajax (pembantu)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Dennis Nicolaas Maria Bergkamp (Sebutan Belanda: [ˈdɛnəs ˈbɛrxkɑmp] ( listen); lahir 10 Mei 1969) merupakan bekas pemain bola sepak Belanda yang kini merupakan pembantu jurulatih bagi kelab Ajax. Asalnya beliau beraksi di posisi pemain tengah, namun Bergkamp berpindah ke posisi penyerang sehinggalah beliau menamatkan kariernya.

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Ajax pada tahun 1986. Aksi Bergkamp yang menonjol menarik minat oleh beberapa kelab Eropah selain menerima panggilan oleh pasukan kebangsaan. Bergkamp berpindah ke Internazionale pada tahun 1993. Selepas dua musim mengecewakan di Itali, beliau berpindah ke Arsenal dan meraih tiga trofi Liga Perdana Inggeris, empat trofi Piala FA dan melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 2006. Bersama pasukan kebangsaan Belanda, Bergkamp mengejutkan rekod Faas Wilkes untuk menjadi penjaring gol terbanyak Belanda sepanjang zaman pada tahun 1998 sebelum rekod tersebut dikejutkan oleh Patrick Kluivert, Robin van Persie dan Klaas-Jan Huntelaar.

Dianggap salah satu pemain terhebat di kalangan generasinya, Bergkamp menduduki tempat ketiga dalam anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA. Beliau dipilih oleh Pelé sebagai salah satu daripada FIFA 100. Pada tahun 2007, beliau dimasukkan ke dalam "English Football Hall of Fame" dan kekal satu-satunya pemain Belanda meraih pencapaian tersebut. Bergkamp turut mempunyai nama samaran iaitu "Non-Flying Dutchman" oleh peminat Arsenal kerana beliau menghidapi masalah "aviofobia".