XPDC
XPDC | |
|---|---|
Anggota asal XPDC daripada album studio pertama mereka, Darjah Satu pada tahun 1990 terbitan Life Records. | |
| Maklumat latar belakang | |
| Juga dikenali sebagai | Tragedy (1985–1988) |
| Asal | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Genre | Rock, heavy metal, thrash metal, hard rock, un metal |
| Pekerjaan | Penyanyi/Pemuzik |
| Alat muzik | Vokal/Band |
| Tahun aktif | 1988–kini |
| Diskografi | Lihat: Diskografi XPDC |
| Syarikat rakaman | |
| Kegiatan berkaitan | J.S. Kevin |
| Anggota semasa | XPDC : Ali - vokalis Izo (Ketua kumpulan) - gitar utama Lola -dram Eddie - gitar bass Arif -gitar irama Mamu Zul- Vokalis Seasonist XPDC Kita Peng Yu: Ary-Vokalis Jeff-gitar utama Zuar-gitar bass Amy-dram |
| Bekas anggota | Mael - vokalis (meninggal dunia) - dram Yazid ( kini Pengurus XPDCKITAPENGYU- dram Lee Space - dram Man Tobey - gitar bass Yan - gitar bass Pae Sembah Bumi- dram |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
XPDC merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang di asaskan oleh J.S Kevin pada tahun 1988 yang merupakan sebuah kugiran muzik rock dan heavy metal Malaysia yang dianggotai oleh Mael, Izo, Man Tobey dan Yazid yang berasal dari nama kumpulan Tragedy. Tidak lama selepas itu berlaku pengunduran dua orang anggota awal iaitu Man dan Yazid.
XPDC memulakan karier mereka di dalam bidang persada rock tanah air melalui album Darjah Satu(1990),dikuti oleh album Timur Barat (1992) dan Kita Peng-Yu(1994).Album mereka yang keempat, Brutal, merupakan album terlaris yang terjual sehingga melebihi 450,000 unit pada tahun 1997.Album ini juga meraih anugerah 4x Platinum dan tersenarai dalam Top 5 kategori Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1998.
Berpuluh-puluh buah lagu mereka mendapat sambutan hangat di corong² radio sehingga mereka berjaya mengadakan Konsert Raksasa XPDC Brutal Stadium Negara.
Dengan menampilkan Ali sebagai penyanyi utama, berlangsung pada April 1998 di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Selepas pengunduran penyanyi asal mereka Mael. Konsert tersebut telah mencatat sejarah yang tersendiri apabila ramai pihak dan peminat menobatkan XPDC sebagai 'Metallica Malaysia'.
Pada ketika itu, era muzik Rock telah makin malap dan semakin kurang mendapat sambutan, atas sebab pelbagai faktor. Hanya peminat² tegar muzik irama Rock/Metal sahaja yang masih kekal dengan irama keras. Pengemar² dan paminat² muzik pada ketika itu ramai yang telah beralih minat. Mereka memilih muzik yang berbeza dari Rock dan muzik berirama baharu. Banyak kumpulan² Rock yang ternama (nama besar) dan para penganjur pada ketika itu, tidak berani dan tidak mahu mengambil risiko untuk membuat konsert yang berskala besar.
XPDC muncul mengambil risiko yang besar itu, dengan keberanian keyakinan mereka, perminat ada bersama mereka. 'Konsert Stadium Negara' telah berjaya dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat luar biasa. Stadium Negara telah dibanjiri dengan puluhan ribu peminat² muzik Rock/Metal, terutama sekali peminat² dan penyokong² XPDC. Tercipta satu sejarah yang hebat dan istimewa untuk pemuzik² dan peminat² muzik Rock/Metal telah diabadikan di rakamkan dalam bentuk rakaman audio cd dan kaset.
Tanpa menunggu masa yang lama, XPDC sekali lagi mendapat peluang besar untuk mengadakan konsert yang berskala besar. 'Konsert Raksasa XPDC Brutal Shah Alam Selangor'. Konsert tersebut itu telah berjaya menarik penonton sehingga hampir 20,000 penonton. Peristiwa bersejarah Konsert itu telah berjaya di rakamkan di dalam bentuk video dan dikeluarkan di dalam bentuk sistem video rumah (VHS) dan video cakera padat (VCD). Rakaman itu telah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa untuk memasarkan album konsert itu.
XPDC meneruskan perjuangan mereka, diteruskan dengan album ke 5.Samurai yang berjaya terjual sehingga 200 ribu unit dipasaran.Terjadi perpecahan pada kumpulan XPDC apabila Zua keluar dari XPDC selepas album SAMURAI. Pejuangan diteruskan, album XPDC ke 6.V6 Album V6 telah dilancarkan pada 2002 yang hanya berjaya terjual dalam anggaran 25,000,yang mana ketika itu penjualan album Kaset/Cd merundum..
Pada tahun 2009, 4 orang anggota asal XPDC telah bergabung semula sempena ulang tahun penubuhan mereka yang ke-26 dan merakamkan album terbaru ke 7.Rasopariso yang memuatkan sebanyak 20 buah lagu. Setahun selepas itu, album tersebut dikeluarkan semula dengan judul yang baharu, Rasopariso (The Relaunch).XPDC telah mengeluarkan single dalam album XPDC hits 25 tahun iaitu Khilaf pada tahun 2014 juga single lagu bertajuk Tanda Tanya. Pada tahun 2015 .XPDC telah mengadakan Konsert XPDC Rockestra di Stadium Merdeka. Di mana pada tahun ini ( 2015) adalah gabungan terakhir Mael dan Izo dalam sebuah band.Tetapi Konsert ini telah ditimpa musibah dengan kegagalan apabila Mael XPDC enggan naik ke pentas kerana bayaran untuk mengadakan persembahan tidak di lunaskan terlebih dahulu.Juga terjadi peristiwa sudah ada penyanyi lain ke pentas bagi memulakan persembahan, sedangkan pada masa itu adalah persembahan pentas untuk Mael.Juga turut menyedihkan hari tersebut adalah hari kematian abang kepada Mael XPDC.oleh yang demikian disebabkan tugas dan peminat Mael XPDC sanggup turun menghadiri konsert. Selepas konsert itu, mael mengambil keputusan keluar dari XPDC. Mael telah merekrut semula anggota asal XPDC Zua (bass), Amy (Drummer) Serta anggota baru untuk posisi gitar iatu jeff dari Kumpulan Giegil membentuk Xpdc kita peng yu.
Selepas 9 tahun berlalu tanpa sebarang album baharu. Pada tahun 2018, XPDC yang dianggotai dan dibarisi oleh Ali, Izo, Lola dan Eddie hadir dengan album ke 8.Doa selepas kepulangan mereka dari mengerjakan ibadat umrah. Album tersebut berkonsepkan dakwah melalui lagu-lagu bersifat ketuhanan & kemanusiaan.