Strangers (kugiran)

Strangers
Album kumpulan Strangers
Maklumat latar belakang
Asal Malaysia
GenreRock
Tahun aktifsekitar 1991
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitanBerkumpulan
sunting ยท sunting di Wikidata

Kumpulan Strangers merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang berasal dari Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan Strangers merupakan satu kumpulan rock yang terhasil daripada gabungan bekas ahli beberapa group rock, diantaranya adalah Mus yang merupakan bekas penyanyi kumpulan May dan juga Black sebagai pemain drum Kumpulan Wings, Malaysia.

Mus telah mengundurkan diri dari kumpulan May kerana hasratnya ingin menyertai syarikat rakaman Warnada, manakala anggota yang lain enggan. Ini menyebabkan Mus menyertai dengan beberapa bekas kumpulan rock yang lain dan membentuk kumpulan Strangers. Strangers terbentuk yang merupakan hasil kolaborasi beberapa kumpulan ternama, mempelawa Bad (ex-Handy Black - bes) menggalas posisi bes serta dua orang selaku pengasas kumpulan Wings iaitu, Black (ex-Babylon - dram) dan Sham (ex-CRK - gitar). Nama-nama besar yang mengetengahkan Strangers berjaya menarik perhatian Warnada untuk menyunting mereka ke dalam kumpulan syarikat rakaman antarabangsa. Strangers, sebuah kugiran di bawah label Warnada. Bagaimanapun, sejurus selepas Strangers mula memasuki studio rakaman, Sham menarik diri kerana beliau ingin bertukar nama menjadi E'pen untuk menyertai kumpulan The Rain Forest dan seterusnya mereka menukar nama kepada Ad Hoc sekaligus sebagai penyanyi solo. Sebelum menarik diri, Sham mempunyai bahagian gitar untuk lagu "Bukit Sunyi" dan satu lagu "Satu Pengertian" di Album Strangers. Lagu penutup sebelum dia dibenarkan meninggalkan Strangers. Selepas Sham menarik diri dari Strangers. Strangers kemudian mengadakan uji bakat di Kuala Lumpur untuk mencari pemain gitar pengganti. Selepas berjaya mengikuti uji bakat sekitar 60 orang, Nan telah dipilih sebagai pemain gitar baharu. Walaupun Nan masih dianggap sebagai anak baru, ternyata dia sudah mempunyai pengalaman ketika menjadi pemain gitar kumpulan SYJ, Lela dan Satira dahulu.

Kumpulan Strangers merakamkan album pertama dan terakhir mereka, Strangers (1992), di Indonesia.