Taiwan
Taiwan 中華民國 | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| |||||
| Cogan kata: - | |||||
| Lagu kebangsaan: San Min Chu-i (Lagu Kebangsaan Negara) Guoqi ge (Lagu Bendera Kebangsaan Negara) | |||||
| Mohor negara: | |||||
Peta menunjukan kawasan bebas Republik China di Taiwan, Republik China pada asalnya meliputi seluruh tanah besar China | |||||
| Ibu negara | Taipei | ||||
| Bandar terbesar | Bandar Taipei Baru | ||||
| Bahasa rasmi | Bahasa Cina, Mandarin | ||||
| Demonim | Orang Taiwan | ||||
| Kerajaan | Republik separa-presiden kesatuan | ||||
• Presiden | Lai Ching-te (賴清德) | ||||
• Naib Presiden | Hsiao Bi-khim (蕭美琴) | ||||
• Premier | Cho Jung-tai (卓榮泰) | ||||
• Naib Premier | Cheng Li-chun (鄭麗君) | ||||
| Penubuhan | |||||
• Pengisytiharan kemerdekaan Dari Jepun | 10 Oktober 1911 | ||||
• Pengisytiharan Republik | 1 Januari 1912 | ||||
• Pemindahan ke Taiwan | 7 Disember 1949 | ||||
| Keluasan | |||||
• Jumlah | 36,197 km2 (13,976 bt2) (ke-137) | ||||
| 10.34 | |||||
| Populasi | |||||
• Perkiraan 2022 | 23,264,640 (ke-47) | ||||
• Bancian Penduduk 2010 | 23,123,866 | ||||
| KDNK (PPP) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ USD1.685 trilion (ke-20) | ||||
| ▲ USD72,485 (15th) | |||||
| KDNK (nominal) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▼ USD751.930 bilion (ke-21) | ||||
| ▼ $32,339 (ke-30) | |||||
| Gini (2017) | 34.1 sederhana | ||||
| HDI (2021) | ▲ 0.926 sangat tinggi · ke-19 | ||||
| Mata wang | Dolar Taiwan Baru ( TWD) | ||||
| Zon waktu | UTC+1 (CST) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+08 (tiada) | ||||
| Kod panggilan | +886 | ||||
| Kod ISO 3166 | TW | ||||
| DPT internet | .tw | ||||
Taiwan (), secara rasmi dikenali sebagai Republik China (ROC) ialah sebuah pulau yang terletak di Asia Timur.
Terdapat empat takrif geopolitik semasa mengenai keluasan "Taiwan":
Republik China telah diiktiraf oleh banyak pihak sebagai sebuah negara merdeka secara de facto dan mempunyai semua elemen sebuah negara berdaulat seperti kerajaan sah, penduduk tetap, dan sempadan wilayah yang jelas.
Pulau utama negara ini pernah diduduki bangsa-bangsa Austronesia sejak tahun 6000 Sebelum Kini. Pertembungan dengan orang Cina sudah lama ada dari tinggalan barang dagangan zaman kerajaan Tang. Walau bagaimanapun penghijrahan besar-besaran orang Cina bermula pada petempatan penjajah Belanda. Kerajaan China mula merangkumkan Taiwan dalam pengaruh alamnya melalui kepengiranan Tungning perintahan Zheng Chenggong yang taat setia kepada Maharaja Yongli.
Republik China yang terbentuk selepas penggulingan pemerintahan Dinasti Qing pada tahun 1912 di bawah Parti Bangsa (Kuomintang) menerus ke pencerobohan Jepun bertapak utama di sini beribukota Taipei selepas berundur dari tanah besar Cina hampir habis dikalahkan Parti Komunis pada tahun 1949 semasa Perang Saudara China meletus, Parti Kuomintang terus menggangap diri sebagai satu-satunya pemerintah keseluruhan China termasuk tanah besar yang sah. Pada masa yang sama, komunis di tanah besar mengishtiharkan kewujudan Republik Rakyat China dan mendakwa menjadi negara pewaris kepada ROC di seluruh negara China (termasuk Taiwan) dan kerajaan Nationalis di Taiwan tidak sah. Daripada pengasasannya sehinggalah pemindahannya ke pulau Taiwan, Republik China telah dikatakan sebagai satu produk Kuomintang (KMT), sebuah parti politik yang wujud hasil revolusi yang telah mengasaskan Republik, sekalipun parti itu tidak lagi memerintah di Taiwan.
Kerajaan Republik China kini telah mengukuhkan kedudukannya di Taiwan dan menjadi sebati dengan Taiwan. Oleh sebab ini, ia tidak lagi menuntut hak pemerintahan di tanah besar China dan Mongolia. Dewan Undangan Nasional (yang tidak lagi wujud) juga telah meluluskan pindaan perlembagaan memberi penduduk Taiwan, Pescadores, Quemoy, dan Matsu satu-satunya hak memerintah republik melalui pilihanraya melantik Presiden dan keseluruhan Legislatur bersama dengan pilihanraya meluluskan pindaan pada perlembagaan Republik China. Ini menandakan bahawa kerajaan Republik mengakui bahawa hak pemerintahannya terbatas kepada kawasan tahlukannya sahaja. Reformasi yang dimulai oleh Republik di Taiwan pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an telah mengubah Taiwan dari satu diktatorship pemerintahan satu parti ke suatu demokrasi.
Meskipun Perang Dingin telah tamat, status politik Taiwan terus menjadi suatu isu hangat pada kedua-dua belah selat Taiwan. Kerajaan Republik adalah salah satu daripada pengasas utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan salah satu daripada anggota Majlis Keselamatan yang berstatus tetap yang asal. Akan tetapi, pada tahun 1971, kerajaan ini yang hanya memeritah Taiwan sahaja ditendang keluar daripada PBB dan digantikan oleh Republik Rakyat China. Meskipun begitu, kerajaan Republik kini tidak mahu kembali status anggota tetap yang terpaksa dilepaskan pada masa itu. Kini, ia hanya mahu menganggotai PBB sebagai negara yang asing daripada Republik Rakyat China. Ia telah cuba menanggotai PBB dari masa ke semasa akan tetapi gagal setiap kali mencuba kerana penuntutan kerajaan Republik Rakyat keatas Taiwan, pengiktirafan kerajaan Republik di Taiwan oleh kerajaan dunia yang lain terjejas teruk disebabkan Dasar Satu China yang dipromosi oleh kerajaan Republik Rakyat di tanah besar China disamping tekanan ekonomi dan diplomatik negara itu. Kebayakan negara dunia mengubah pengiktirafan mereka ke kerajaan Republik Rakyat di tanah besar pada tahun 1970-an dan kini, Republik China di Taiwan hanya diiktiraf 25 negara sahaja.