Lai Ching-te

Lai Ching‑te
賴清德
Presiden Republik China
Menyandang jawatan
20 Mei 2024
PremierCho Jung-tai
Naib PresidenHsiao Bi-khim
Didahului olehTsai Ing-wen
Pengerusi Parti Progresif Demokratik
Menyandang jawatan
18 Januari 2023
Setiausaha AgungHsu Li-ming
Didahului olehChen Chi-mai (memangku)
Naib Presiden Republik China ke-12
Dalam jawatan
20 Mei 2020 – 20 Mei 2024
PresidenTsai Ing-wen
Didahului olehChen Chien-jen
Digantikan olehHsiao Bi-khim
Perdana Menteri Taiwan
Dalam jawatan
8 September 2017 – 14 Januari 2019
PresidenTsai Ing-wen
Naib PremierShih Jun-ji
Didahului olehLin Chuan
Digantikan olehSu Tseng-chang
Datuk Bandar Tainan
Dalam jawatan
25 Disember 2010 – 7 September 2017
TimbalanHsu He-chun
Didahului olehHsu Tain-tsair
Digantikan olehLi Meng-yen (acting)
Ahli Yuan Perundangan
Dalam jawatan
1 Februari 2008 – 25 Disember 2010
Kawasan pilihan rayaTainan 2
Dalam jawatan
1 Februari 1999 – 31 Januari 2008
Kawasan pilihan rayaBandar Tainan
Maklumat peribadi
Lahir (1959-10-06) 6 Oktober 1959
Wanli, Taiwan
Parti politikParti Progresif Demokratik
PasanganWu Mei-ju
Anak2
PendidikanNational Taiwan University (BS)
National Cheng Kung University (MD)
Harvard University (MPH)
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional賴清德
Tulisan Cina Ringkas赖清德

Lai Ching-te (; lahir 6 Oktober 1959), juga dikenali sebagai William Lai, ialah seorang ahli politik dan psikiatri Taiwan yang kini merupakan Presiden Republik China (Taiwan) ke-8 sejak 2024. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai naib presiden Republik China (Taiwan) dari 2020 hingga 2024, perdana menteri Taiwan dari 2017 hingga 2019, Datuk Bandar Tainan dari 2010 hingga 2017, serta penggubal undang-undang di Yuan Perundangan dari 1999 hingga 2010.

Pada 24 November 2018, beliau mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri selepas Parti Progresif Demokratik mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya tempatan, dan meninggalkan jawatan pada 14 Januari 2019 selepas penggantinya Su Tseng-chang mengangkat sumpah. Lai pernah bertanding dan berkempen untuk pemilihan presiden Parti Progresif Demokratik 2019. Walaubagaimanapun, beliau ditewaskan; tetapi dipilih sebagai calon naib presiden untuk berkhidmat di bawah pentadbiran presiden Tsai Ing-wen dalam pilihan raya presiden Taiwan 2020, di mana mereka telah memenangi pilihan raya tersebut. Pada April 2023, Lai telah dicalonkan oleh parti DPP sebagai calon presiden mereka untuk pilihan raya presiden Taiwan 2024, yang mana kemudiannya beliau memenangi pilihan raya tersebut. Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden Republik China (Taiwan) ke-8 pada 20 Mei 2024, menggantikan Tsai Ing-wen yang telah berkhidmat dari 2016 hingga 2024.