Rem Kassim
Rem | |
|---|---|
Rem di Kuala Lumpur pada Mac 2012 | |
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Ramzani bin Kassim |
| Kelahiran | 16 September 1974 |
| Asal | Sibu, Sarawak, Malaysia |
| Genre | Pop, Rhythm, Balada dan Blues |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 1997 - kini |
| Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia New Southern Records (NSR) |
| Kegiatan berkaitan | Ajai, Raihan, NowSeeHeart, Hetty Sarlene, Andy Flop Poppy |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Ramzani Kassim (lahir 16 September 1974) atau lebih dikenali sebagai Rem ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula mencipta nama pada tahun 1997 menerusi lagu Semua Orang Tahu (S.O.T) serta lagu Selingkar Kasih. Beliau membawa muzik pop dan cukup terkenal dengan vokal serak basah dan meneran serta pernah tiga kali dicalonkan dalam kategori Vokal Lelaki Terbaik di Anugerah Industri Muzik. Beliau berasal dari Sibu, Sarawak.