Rashidah Ismail

Yang Berhormat Puan Rashidah Ismail (lahir 23 September 1964) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan ADUN bagi Pasir Raja sejak memenangi Pilihan raya negeri Johor 2018. Beliau berasal dari UMNO dan pernah menjadi Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tenggara ketika bertanding semasa 2018.

Rashidah Ismail
Ahli Dewan Negeri
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Pasir Raja
Menyandang jawatan
21 April 2022
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 22 Januari 2022
Didahului olehAdham Baba
Maklumat peribadi
Lahir (1964-09-23) 23 September 1964
Johor, Malaysia
Parti politik UMNO
PekerjaanAhli politik

Pada Pilihan raya negeri Johor 2022, beliau telah mempertahankan kerusi Pasir Raja dalam satu pertandingan empat penjuru.