Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia

Malaysian Indian Community Transformation Unit (Mitra)
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia
மலேசிய இந்திய சமூக மாற்றத்துறை (Malēciya Intiya Samūka Māṟṟatturai)
يونيت ترنسفورماسي كومونيتي اينديا مليسيا
Kerajaan Malaysia
Intisari kerajaan
Dibentuk2008 (2008)
JenisKerajaan
Ibu pejabatPejabat Perdana Menteri , Aras 4, Setia Perkasa 5, Kompleks Setia Perkasa,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

62502
Eksekutif kerajaan
Agensi induk
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Laman sesawang
www.mitra.gov.my/ms/

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Tamil : மலேசிய இந்திய சமூக மாற்றத்துறை,Tulisan Jawi: يونيت ترنسفورماسي كومونيتي اينديا مليسيا) atau secara rasminya dikenali sebagai Malaysian Indian Community Transformation Unit (Singkatan:MITRA) merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Ia ditubuhkan bagi menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia, khususnya kumpulan berpendapatan rendah (B40).

Mulai Februari 2024, P. Prabakaran, Ahli Parlimen Batu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dilantik sebagai Pengerusi MITRA. Beliau berperanan mengetuai pelaksanaan dasar dan program MITRA bagi memperkasa komuniti India Malaysia.

MITRA dikendalikan oleh sebuah sekretariat yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang berpengalaman dalam bidang pembangunan masyarakat, dasar sosial, dan pengurusan projek. Pengerusi MITRA mengetuai jawatankuasa khas yang bertanggungjawab merancang, memantau dan menilai keberkesanan program-program yang dilaksanakan.