Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Kamarul Bahrin Shah | |
|---|---|
Kamarul Bahrin Shah | |
| Ahli Dewan Negara | |
| Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
| Dalam jawatan 17 Julai 2018 – 16 Julai 2021 | |
| Penggal | Pertama |
| Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
| Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
| Raja | Al-Sultan Haji Sir Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah i ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah |
| Menteri | Zuraida Kamaruddin |
| Didahului oleh | Halimah Mohd Sadique |
| Digantikan oleh | Ismail Abdul Muttalib |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Terengganu | |
| Dalam jawatan 06 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Razali Ismail |
| Digantikan oleh | Ahmad Amzad Hashim |
| Majoriti | 10,785 (PRU-13) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 14 Januari 1955 [[{{{altlink}}} Terengganu|Terengganu]] Istana Maziah, Kuala Terengganu, Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | (2011-2015), Templat:PH-AMANAH (2015-kini) |
| Pasangan | Australia Jacqueline Pascarl (1980-1995, cerai), To' Puan Norilah binti Muhammad Salleh (1991-kini), Norazmah Wati binti Abdul Aziz (2010-2017, cerai) |
| Anak | 8 orang |
| Ibu bapa | (bapa) Raja Ahmad Baharuddin Ismail Shah ibni Raja Bendahara Raja Abdul Rashid Shah, (ibu) Tengku Zaliha Putri binti Sultan Ismail Nasiruddin Shah |
| Kediaman | 0 |
| Tempat belajar | Australia Universiti Melbourne |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Arkitek |
| Anugerah awam | Senarai |
| Laman web | 0 |
Raja Dato' Ir Haji Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Ismail Shah atau dikenali sebagai Raja Bahrin (lahir 14 Januari 1955) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu.
Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama sepenggal (2018-2021), mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2018-2020) serta mantan Ahli Parlimen Kuala Terengganu selama sepenggal (2013-2018).
Di peringkat parti beliau ialah mantan Pengerusi AMANAH Terengganu. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan ketika dalam PAS.
Raja Kamarul Bahrin pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Perhotelan (MAH) dan salah seorang Ahli Badan Warisan Malaysia.
Beliau adalah pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau dilahirkan pada 14 Januari 1955 di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Beliau dengan rasminya disenarai sebagai calon parti berkenaan di Parlimen Kuala Terengganu pada 9 April 2013 iaitu pilihan raya umum Malaysia ke-13. Menurut pelbagai sumber, setelah dilamar oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (pas) beliau bersetuju untuk menyertai parti tersebut diatas perkenan bonda beliau.
Beliau popular dikenali sebagai jurubina yang menghasilkan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung, Muzium Negeri Terengganu (Muzium yang diiktiraf sebagai antara Muzium terbesar di Asia), Istana Melawati (Putrajaya) dan beberapa lagi yang lain. Sekitar tahun 1990-an dikaitkan di Malaysia apabila membawa pulang anaknya dari Australia dengan bot, juga mengenai kejadian keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang direka oleh Syarikat beliau Senibahri Arkitek.
Pada 21 Ogos 2015, beliau telah diisytihar sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baharu Terengganu. Beliau berkata bahawa beliau menerima tawaran menerajui Harapan Baharu di Terengganu kerana yakin dengan masa depan gerakan berkenaan.