Raja Arab Saudi

Duli Yang Maha Mulia Penjaga Dua Kota Suci Raja Arab Saudi
ملك المملكة العربية السعودية
Bendera Diraja Arab Saudi
Penjawat kini
Salman
sejak 23 Januari 2015
Butiran
GelaranPenjaga Dua Kota Suci
Pewaris takhtaMohammad bin Salman
Penyandang pertamaSaud I
Pembentukan1720
PersemayamanIstana Al-Yamamah
(Riyadh)
Istana Al-Safa
(Mekah)
Istana Al-Salam
(Jeddah)
Istana Tayibah
(Madinah)
Istana Al-Aziziya
(Dammam)
Laman sesawanghttps://houseofsaud.com/


Duli Yang Maha Mulia Penjaga Dua Kota Suci Raja Arab Saudi, secara rasmi dikenali sebagai Raja Kerajaan Arab Saudi (Arab: ملك المملكة العربية السعودية; Malik al-Mamlakat al-ʿArabiyat as-Suʿūdiyya), merupakan ketua negara dan ketua kerajaan Arab Saudi, yang memegang kuasa mutlak. Baginda ialah ketua keluarga diraja Arab Saudi, iaitu Wangsa Saud.

Raja juga merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Arab Saudi dan ketua kepada sistem anugerah kebesaran. Raja digelar "Penjaga Dua Masjid Suci" (خادم الحرمين الشريفين; Khadim al-Haramayn aš-Šarīfayn), satu gelaran yang menunjukkan bidang kuasa Arab Saudi terhadap masjid Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Gelaran ini telah digunakan banyak kali sepanjang sejarah Islam.

Raja Saudi pertama yang menggunakan gelaran ini ialah Faisal; bagaimanapun, Raja Khalid tidak menggunakannya selepas itu. Pada tahun 1986, Raja Fahd menggantikan gelaran "Baginda" dengan gelaran Penjaga Dua Masjid Suci, dan gelaran ini telah digunakan oleh Raja Abdullah dan Raja Salman.

Raja Arab Saudi telah dinamakan sebagai pemimpin Muslim dan Arab yang paling berkuasa dan berpengaruh di dunia menurut Muslim 500.