Majlis Ulama Kanan Arab Saudi
| مجلس هيئة كبار العلماء | |
Kerajaan Arab Saudi | |
| Intisari agensi kerajaan | |
|---|---|
| Dibentuk | 29 Ogos 1972 |
| Jenis | Agensi kerajaan |
Eksekutif agensi kerajaan | |
Agensi induk | Kerajaan Arab Saudi |
Majlis Ulama Kanan (Arab: مجلس هيئة كبار العلماء, rumi: Majlis Hay'at Kibar al-‘Ulama) merupakan badan agama tertinggi di Arab Saudi yang berperanan menasihati Raja bagi perkara-perkara agama. Majlis ini dilantik oleh raja dan dibiayai oleh pihak kerajaan. Sehingga tahun 2009, Majlis ini dianggotai oleh seramai 21 orang anggota. Raja Fahd ibn Abdulaziz Al Saud menyambung ketetapan sebelum ini bagi mengadakan pertemuan mingguan dengan anggota Majlis yang diadakan di ibu negara, Riyadh. Pada tahun 2010, Raja Abdullah ibn Abdulaziz Al Saud telah menitahkan hanya beberapa orang ahli Majlis dan beberapa orang ulama lain sahaja yang dibenarkan mengeluarkan fatwa di Arab Saudi..