Mohammad bin Salman

Mohammad bin Salman
Duli Yang Teramat Mulia
Putera Mahkota Arab Saudi
Perdana Menteri Arab Saudi
Putera Mahkota Arab Saudi
Pemerintahan21 Jun 2017 – kini
Didahului olehMuhammad bin Nayef
MonarkiSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Perdana Menteri Arab Saudi
Pemerintahan27 September 2022 – kini
Didahului olehSalman ibn Abdulaziz Al Saud
MonarkiSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi
Timbalan Perdana Menteri kedua Arab Saudi
masih menjabat29 April 2015 – 21 Jun 2017
Didahului olehMuhammad bin Nayef
Diikuti olehtiada
Menteri Pertahanan Arab Saudi
Pemerintahan23 Januari 2015 – 27 September 2022
Didahului olehSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Diikuti olehKhalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud
MonarkiSalman ibn Abdulaziz Al Saud
Keputeraan (1985-08-31) 31 Ogos 1985
Jeddah, Arab Saudi
PasanganSara binti Mashoor bin Abdul-Aziz Al Saud
Nama penuh
Mohamed bin Salman ibn Abdulaziz ibn Abdul Rahman ibn Faisal ibn Turki ibn Abdullah ibn Mohammed ibn Saud Mohd Nur Shafiq 🥰
KerabatAl Saud
AyahandaSalman ibn Abdulaziz Al Saud
BondaFahda binti Falah bin Sultan bin Hathleen
AgamaIslam

Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Mohammad bin Salman Al Saud, Perdana Menteri Arab Saudi (Arab: محمد بن سلمان بن عبد العزيز آل سعود; dilahirkan pada 31 Ogos 1985) merupakan Putera Mahkota Arab Saudi dan Perdana Menteri Arab Saudi. Beliau juga merupakan ketua hakim bagi Mahkamah Diraja Al Saud dan seorang pengerusi Lembaga Ekonomi dan Pembangunan Arab Saudi. Beliau menjadi lebih terkenal berikutan di bawah pemerintahan ayahandanya, Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud. Beliau dinaikkan pangkat menjadi Putera Mahkota Arab Saudi pada 21 Jun 2017 berikutan ayahandanya telah memecat Putera Mahkota Muhammad bin Nayef Al Saud untuk semua kedudukan rasmi di dalam monarki Arab Saudi. Dengan tindakan ini, Muhammad bin Nayef Al Saud disingkirkan secara rasmi sebagai pewaris takhta Raja Arab Saudi dan tempat beliau digantikan oleh sepupunya, Mohammad bin Salman Al Saud.

Beliau dikenali kerana memiliki kawalan ketara terhadap kerajaan Saudi sehingga dianggap sebagai ketua Arab Saudi secara de facto berbanding ayahandanya. Dalam pemerintahan Salman, beliau dikenali dengan reformasi-reformasi bersangkutan liberalisasi hak asasi, termasuk pengehadan kuasa Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar, perluasan hak-hak wanita, terutamanya penghapusan larangan wanita untuk memandu, dan perluasan wanita dalam sektor hiburan dan pekerjaan, serta pembukaan Arab Saudi terhadap pelancong asing.

Walau bagaimanapun, pemerintahannya juga dicemari pencabulan-pencabulan hak asasi manusia dan sekatan hak bersuara melalui kekerasan dan pembunuhan. Beliau disebut-sebut sebagai dalang utama pembunuhan Jamal Khashoggi, seorang wartawan pengkritik monarki Saudi terkemuka. Selain itu, bin Salman turut dikatakan bertanggungjawab dalam konflik-konflik tempatan, termasuk peperangan di Yaman dan Syria, serta krisis diplomasi Qatar pada 2017.