Pakma raksasa

Pakma raksasa
Bunga dan kudup pakma raksasa.
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malpighiales
Keluarga: Rafflesiaceae
Genus: Rafflesia
Spesies:
R. arnoldii
Nama binomial
Rafflesia arnoldii
R.Br.
Sinonim
  • Rafflesia titan Jack

Pakma raksasa, padma raksasa, kerubut, pelimun atau bunga bangkai (nama botani: Rafflesia arnoldii) ialah spesies tumbuhan berbunga dalam genus parasit Rafflesia. Ia dicatatkan mengeluarkan bunga terbesar di muka Bumi, dan mempunyai bau bangkai reput yang kuat dan tak menyenangkan. Ia ditemukan di hutan-hutan hujan Borneo dan Sumatera. Sungguhpun beberapa tumbuhan macam bunga bangkai betul (Amorphophallus titanum) dan pohon lontar (Corypha umbraculifera) turut mempunyai bunga yang lebih besar, ia sebenarnya adalah gugusan banyak bunga.

Rafflesia arnoldii adalah salah satu daripada tiga "bunga nasional" Indonesia, dengan duanya lagi adalah melati putih (Jasminum sambac) dan anggerik bulan (Phalaenopsis amabilis). Secara rasminya, ia diakui sebagai suatu "puspa langka" dalam Keputusan Presiden No. 4 yang dikeluarkan oleh pemerintah Indonesia pada 1993.