Pakma
| Pakma | |
|---|---|
| Bunga pakma raksasa di Bengkulu, Indonesia. | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Eudikot |
| Klad: | Rosid |
| Order: | Malpighiales |
| Keluarga: | Rafflesiaceae |
| Genus: | Rafflesia R.Br. ex Thomson bis |
| Spesies | |
|
Lihat ceraian pengelasan | |
Pakma, padma, patma atau kerubut ialah sejenis tumbuhan berbunga dalam genus parasit Rafflesia keluarga Rafflesiaceae. Spesies-spesiesnya berbunga besar daripada kudup yang muncul terus dari tanah atau berpangkal pada pokok perumah; salah satu spesies genus ini mempunyai bunga yang terbesar di dunia. Genus ini memuatkan kira-kira 28 spesies (termasuk empat spesies yang belum selesai dicirikan sesuai yang dikenal pada 1997 oleh Willem Meijer dalam monograf terbaru genus itu), semua spesies dalam genus ini ditemukan di Asia Tenggara.
Ia julung kali diberi perhatian oleh orang Barat melalui penemuan oleh pakar bedah dan alamiah Perancis, Louis Auguste Deschamps di Jawa antara 1791 dan 1794; namun, catatan dan gambarannya dirampas oleh tentera laut British pada 1803 dan tidak diterbitkan kepada ahli-ahli sains Barat sampai tahun 1861.