Bunga bangkai

Bunga Bangkai
بوڠا بڠکاي
Mekar di Taman Botani New York
Jun 27, 2018
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Alismatales
Keluarga: Araceae
Genus: Amorphophallus
Spesies:
A. paeoniifolius
Nama binomial
Amorphophallus paeoniifolius
(Becc.) Becc. ex Arcang
Sinonim
  • Amorphophallus selebicus Nakai
  • Conophallus titanum Becc.

Bunga bangkai atau bunga mayat, dengan nama saintifik Amorphophallus titanum ialah tumbuhan berbunga dari keluarga Araceae. Ia mengeluarkan perbungaan tanpa cabang yang terbesar di dunia. Perbungaan pohon lontar adapun lebih besar, namun ia tumbuh dengan cabang dan dahan. Ia endemik di Sumatera, Indonesia.

Namanya muncul daripada bunganya yang mengeluarkan bau menyamai bangkai reput, yang sebenarnya bertujuan untuk menarik kumbang dan lalat bagi pendebungaan. Ia turut disebut titan arum, corpse flower dan corpse plant dalam bahasa Inggeris. Nama "bunga bangkai" juga sering dipakai sebagai gelaran bagi pakma raksasa, Rafflesia arnoldii.

Di alam, tumbuhan ini hidup di daerah hutan hujan basah. Bunga bangkai adalah bunga rasmi bagi Provinsi Bengkulu.